Tuesday, January 4, 2011

ubi kemili lagi...

hari ni saya masak kari ubi kemili...tapi dengan ikan keli....that day masa kat pasar pagi paya jaras tu saya beli ubi kemili ni banyak...separuh mother-in-law buat kari dengan ayam kampung dan separuh lagi saya bawa balik dan hari ni saya masak kari dengan ikan keli....ubi ni boleh masak dengan apa saja yang kita suka...dengan udang, sotong, ikan bilis, daging, ikan haruan dan sebagainya....

cara buat kari ni samalah seperti kita buat kari ikan biasa, cuma selepas tumis rempah dan asam masukkan ubi kemili ni dan rebus hingga empuk...bila dan empuk masukkan santan dan ikan dan biar gulai mendidih sehingga ikan masak, rasa asam garamnya... selain gulai ikan keli saya juga tumis lobak putih jeruk ni....goreng dulu ikan bilis dengan bawang hingga garing, masukkan cili potong dan akhir sekali masukkan lobak yang dah direndam terlebih dahulu untuk kurangkan masinnya. makan ringkas macam ni kadang-kadang lebih menyelerakan....asalkan ada sambal belacan sebagai pembuka selera...

petang tadi hujan agak lebat juga kat rumah saya ni....dan seperti biasa bila hujan-hujan camni mulut tu terasa nak mengunyaplah....bagi saya yang cepat dan senang dibuat ialah cucuq udang, cicah dengan kuah kacang dan sos cili....kawankan dengan kopi panas...hmm....malam ni tak yah dinner dah...tepung cucuq ni akan kembang dalam perut dan akan rasa kenyang sampai pagi esok...

1 comment:

  1. wow,,bukan men semberang masak lagi blog tuan nie..hehe..mcm2 ada..tapi jgn asyik nak masak je..lawati lah blog sy juga,,sbenarnya sy pun suka ga memasak,tapi slalu bz,so masak masakn bujang je,haha,,

    ReplyDelete