Friday, January 21, 2011

raspberry bread pudding with custard sauce

sapukan butter sebelah dan jam raspberry sebelah lagi pada enam ke lapan keping roti...susun supaya bahagian yang di sapu butter mengadap ke bawah dan yang berjam menghadap keatas...buat dua lapisan...
pukul 2 biji telur dengan 2 cawan susu uht dan 1 cawan susu sejat ideal, 2 sudu besar gula dan 1/2 sudu teh garam...hingga berbuih...tuangkan ke atas roti...biarkan selama 10 minit, letakkan sedikit butter dan masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan...bakar selama 30 minit atau lebih jika perlu pada suhu 180C...keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar... sos custard...panaskan 1 cawan susu uht dan 1 cawan susu ideal, masukkan 4 sudu besar gula dan 1 sudu teh esen vanilla....bancuh 2 sudu besar tepung custard dengan sedikit air dan campurkan kedalam sos custard...kacau hingga adunan mula pekat...hidangkan dengan bread pudding tadi...

9 comments:

  1. sedapnya!...nanti nk cuba buat lah...:)

    ReplyDelete
  2. wow nmpk sedap lak kak..bleh cuba buat nie. :)

    ReplyDelete
  3. Nieza, Yati...boleh cuba guna jam jenis lain...try orange marmalade...mungkin lebih sedap...

    ReplyDelete
  4. salam...
    bole la kita menghabiskan roti yang dah nak keras tu .. hehe

    ReplyDelete
  5. nampak sedap.
    nanti kita nak cuba!!

    ReplyDelete
  6. Dah cuba n sedapppp..dah update dalam my bloq tq kak share resepi yg sodap nih...

    ReplyDelete
  7. aslmkm kak ida,
    kak ida pakai roti apa dalam gambar tu?
    pastu lagi satu nak tanya..
    macam mana nak dapat kan tepung ke liquid butter milk? boleh beli kat mana yea?
    thank you kak...sedap betul nampak puding akak tu...slurrppp

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam ayu,
    itu roti biasa je...tapi akak guna roti loaf seketul yang belum dipotong yang banyak jual kat giant dan tesco tu...
    buttermilk boleh beli kat supermarket juga...bahagian butter dan krim sejuk...

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang makanan sedap tu simple jer nk buat..tp sy ja yg x reti mencari resepi2 macam ni...hehehe :)...rs cinta trus dgn blog kak ida ni... ;)

    ReplyDelete