Friday, January 7, 2011

puding fruit cocktail

salam semua,
seharian hari ni talian internet tiada kerana wayar talipon pada salah satu tiang talipon terputus. mungkin gara-gara cik kak monyet yang banyak di sekeliling rumah saya ni...sebenarnya rumah saya ni di kelilingi hutan rimba dan memang menjadi tempat penginapan berbagai jenis haiwan dan serangga...tak kira yang bahaya atau tidak...

oleh kerana tak boleh nak beronline hari ni, maka saya pun carilah apa-apa aktiviti yang boleh mengisi masa...hmmm....aktiviti apa lagi kalau bukan aktiviti ceruk dapur...lagi pun hari ni hari jumaat dan hujung minggu...rajinlah sikit nak masak something yang lain dari hari biasa...hehe... dah lama saya berangan nak buat puding stail ini...ia bukan puding biasa seperti puding yang menggunakan tepung custard tu, tapi puding yang bertekstur seperti kek...lain sikit bunyinya kan...

setelah mencari-cari the best recipe di beberapa website, saya tertarik dengan resepi ini dan mencubanya hari ni...dan hasilnya memang sedap...saya adjust beberapa ingredients untuk sesuaikan dengan selera saya terutama kuantiti gulanya...jika anda nak cuba inilah resepinya...

bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil baking soda
1 cawan gula
2 biji telur besar
1 tin (30 oz) fruit cocktail, termasuk juicenya sekali ayak bahan kering kedalam mangkuk, masukkan telur dan gaul. masukkan fruit cocktail dengan juicenya sekali....dan kacau rata.... tuang kedalam bekas yang telah di gris dan bakar selama 40 ke 50 minit pada suhu 170 C. cover dengan aluminium foil jika perlu selepas 20 minit dan terus bakar hingga masak....
topping: mix 1/2 cawan gula caster dengan 1/2 cawan susu, 1/2 cawan kelapa kering, 4 sudu besar mentega dan 1 sudu teh vanilla esen. anda boleh didihkan topping mixture ini jika suka (5 minit), saya tidak didihkan, terus sahaja tuang ke atas kek/puding yang masih panas tadi... cucuk-cucukkan permukaan puding tadi dengan garfu atau pisau kecil dan tuangkan toping mixture keatasnya...ketepikan selama sejam. hidangkan semasa panas atau sejuk...

No comments:

Post a Comment