Saturday, January 15, 2011

peach and chocolate chip cheese cake

petang semalam saya ingat nak ke empire dengan my sis, june...nak makan-makan kat situ (saya kempunan nak rasa coconut macaroons yang dikatakan sedap sangat tu), tapi since dia sibuk dengan kelas keknya, saya pun merayaulah sorang-sorang kat popular bookstore, power centre....selak-selak buku kek ternampak resepi ni...sebenarnya original resepinya ialah raspberry cheese cake

saya salin resepinya dan turun ke cold storage di ground floor, nak cari bahan yang diperlukan...mula-mula saya cari fresh raspberry dulu...tapi bila tengok harganya, saya letak balik ...waduh! mahalnya...tak sampai 20 biji raspberry, harga almost rm30...huh! sedap sangat ke buah tu, sampai camtu punya harga...kalau makan terus jadi cantik pasti saya beli....hehe....

saya pun mulalah mereka-reka apa alternatif yang ada untuk gantikan fresh raspberry tu...pergi kat rak can fruit dan nampak buah peach...sedap jugakan...tak pernah lagi buat cheesecake guna buah ni...dan inilah hasilnya... bahan-bahan untuk basenya ialah:
100g biskut digestive, 1/4 cawan gula dan 40g mentega cair...blender hingga hancur...
tekan dalam bekas yang boleh ditanggalkan bahagian tepi atau bawahnya...(alaskan dengan kertas minyak)...bakar dalam oven selama 5 minit pada suhu 165C... bahan asas: 2 ketul cheese (500g), 1/2 cawan gula castor, 1 sudu besar lemon juice, 1 sudu teh vanilla...pukul hingga semua bercampur dan sedikit creamy, masukkan 2 biji telur, satu persatu dan kacau sebati...campurkan satu cawan buah peach yang telah dicincang...gaul rata...tuangkan batter ke atas biscuit base tadi dan bakar selama lebihkurang 40 minit...pada suhu 165C... kerana ada chocolate chip, saya taburkan sikit (1/4 cawan) atas cheese cake sebelum dibakar...maka jadilah peach and chocolate chip cheese cake...sedap gak...:) susun buah peach cantik-cantik dan taburkan sedikit gula aising...

saya tak sempat lagi potong kek ni, biar sejuk dalam fridge...nak ke Tapah dulu...

1 comment:

  1. Waah sedap.. yg penting simple. nak kena try nih hehe

    ReplyDelete