Friday, January 14, 2011

meroti lagi....

dua hari ni, entah kenapa...rajinlah sangat saya buat roti....pagi ni saya uli tepung sepeket lagi (500g), lebih dari buat bun ikan bilis semalam....tapi kali ni saya buat bun manis...

resepinya
1 cawan air campur dengan 1/2 cawan susu full cream...panaskan supaya bancuhan suam-suam kuku....campurkan dengan satu peket yis...kacau dan ketepikan 5 minit...

letak tepung dalam mangkuk besar dan campur dengan 3 sudu besar gula dan 1/4 sudu teh garam dan satu sudu besar butter lembut...

campurkan bahan liquid ke dalam tepung dan gaul hingga semuanya bersatu, uli sepuluh minit. biarkan doh selama sejam. tumbuk dan uli dan kemudian bahagikan kepada bebola kecil. susun dalam dulang bakar dan biarkan doh naik (lebih kurang 45 minit)...panaskan oven ke 200C dan bakar antara 20 ke 30 minit...

bila dah masak keluarkan dari oven dan sapu butter cair...hidang panas memang sedap...belah dua bun dan sapukan sedikit butter dan jam atau cicah dengan sambal tumis atau curry...yum!

5 comments:

  1. wow..gebunya bun...sedap sgt tgk...pertama kali singgah sini.....thx for all d wonderful recipe...

    glad to follow u!

    http://subhieskitchen.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wah menarik roti ni ..nanti leh cuba resepi ni pula...:)

    ReplyDelete
  3. hai Subhie,
    terima kasih kerana singgah kemari...:)

    Nieza,
    kena cuba, senang je nak buat...

    ReplyDelete
  4. salam..baru pertama kali singgah, terus follow..:)

    http://after6am.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete