Sunday, January 9, 2011

mee goreng daging berkacang...

hmm...sebenarnya saya ni suka sangat nak share gambar-gambar makanan yang saya ambil menggunakan camera powershot baru saya ni...dan tak pasal-pasal canon ni dapat promo free dari saya...hehe...tapi takpalah...masing-masing punya rezkikan...

pagi ni breakfast saya buat mee goreng...dah banyak kali juga saya tunjuk gambar mee goreng ni...cuma dulu-dulu gambarnya taklah seclear gambar kali ni...

walau bagaimanapun saya nak kongsi juga resepi mee goreng saya ni... bahan-bahannya...mee kuning sebungkus, daging sikit sebagai penyedap (rebus biar empuk), taugeh 50sen, sawi, tokua 2 keping, daun sup, 1 biji cili merah (buang biji dan hiris nipis) dan bawang goreng...telur rebus...

bahan tumisnya...saya tumbuk 3 biji bawang putih dengan 3 biji bawang merah, bila dah kekuningan masukkan 3 sudu besar cili kering blender dan daging (masukkan air rebusan daging sikit), kemudian masukkan 3 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin, 3 sudu besar sos tomato, 1 sudu kecil sos ikan, sedikit garam dan gula. masukkan mee dan batang sawi dan kacau 1 minit, kemudian masukkan daun sawi, cili merah potong dan tokua (potong kiub) dan kacau rata...akhir sekali masukkan 3-4 sudu besar serbuk kuah kacang segera dan taugeh...kacau 2, 3 minit...angkat dan hidangkan (tabur daun sup, bawang goreng dan telur rebus)... laksam ni saya beli dari pasar pagi...saja nak tunjuk gambar je... yang ni kueh kegemaran dan kemestian yang mesti ada setiap pagi minggu...

No comments:

Post a Comment