Tuesday, January 25, 2011

mee goreng and cendol...

inilah tempat yang mesti kami kunjungi jika ke bukit mertajam...mee goreng mamak ni memang best...tengok gambar je kita dah tahu akan kesedapannya...kedai makan ni bersebelahan kedai kain alka-ria...

chef mee goreng... roti canainya pun nampak sodap...dan tukang canainya pun hansem...:) lagi satu tempat yang sering kami kunjungi kat bukit mertajam ialah gerai cendol ni...menurut my dh...sejak dia kecil lagi cendol ni dah wujud...memang sedap...cuma satu yang tak berapa menggembirakan hati saya ialah lokasi tempat ini yang tak sedap mata memandang...

kebelakangan ni saya agak cerewet dalam memilih tempat makan...kalau tak selesa dan kotor pasti saya menolak untuk makan disitu...keseluruhan lokasi gerai-gerai termasuk gerai cendol ni memang not so clean and agak terceruk...macam keadaan kat india pulak....lepas ni mungkin saya akan menolak jika hubby ajak makan cendol ni lagi...walaupun sedap kita harus sensitif sikitlah...kebersihan tu kan dituntut dalam agama... sambil minum cendol mata saya dok memerhati apek ni buat apam balik...pandailah pulak apek ni...yelah nak hidupkan....macam mana agaknya rasa apam balik apek nikan...mesti sedap...yelah orang tua yang buat.....

No comments:

Post a Comment