Monday, January 3, 2011

kari ayam kampung dengan ubi kemili

semalam saya tak duduk diam di rumah, kesana kemari....pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah untuk menziarah mak mertua di shah alam...ibu mertua saya tinggal dengan anak perempuannya yang masih bujang...dia selesa disana dan sekali sekala dia datang ke penchala atau kami akan ke shah alam untuk menjengoknya...

dalam perjalanan ke shah alam 2 melalui jalan lama sungai buloh, saya singgah di pasar minggu pagi ditepi jalan...bagi mereka yang tinggal di daerah itu mesti tahu akan tempat ini (paya jaras)...teringat nak beli apa yang perlu untuk di bawa ke rumah adik ipar...saya menyusuri lorong tengah antara dua gerai dan terpandangkan apam balik ni yang cantik warnanya...lain dari apam balik yang biasa saya lihat dan makan...nampak sedap...saya beli beberapa keping kerana nak rasa... apam balik ibarat pankek, versi melayu....hehe...cantikkan warnanya!...hijau daun pandan...berintikan kelapa parut, pulut hitam dan jagung manis berkrim dalam tin...harga rm2.50 sekeping (1/2 x 2 keping) yang sebelah tu apam balik biasa cuma warna batternya saja sama...

bawah: inilah peniaga apam balik yang unik tu....seorang wanita....pandaikan orang pompuan meniaga...cari rezki... foto atas: yang ni pun macam apam balik juga...atau lebih kepada mini pankek...yang satu inti kelapa campur gula dan yang satu lagi inti kaya....dua-dua pun sedap, tapi mesti dimakan masa tu juga....ketika masih panas... selain apam balik saya beli daging lembut sekilo untuk di goreng....dan juga ubi kemili...tahu tak apa tu ubi kemili?

bawah nilah rupanya ubi kemili...saya mula mengenali dan mula pandai makan ubi ni selepas berumah tangga....mak mertua saya memang pakar masak...terutama masakan kampung...dan selalunya apa yang dia masak pasti sedap... bila tiba rumah adik ipar, jam baru pukul 10 pagi...dia pun tengah masak....saya tunjukkan ubi kemili ni pada mertua dan dia pun terus tanya "nak masak apa dengan ubi ni?...ayam kampung ada la...."

oklah...kari ayam kampung dengan ubi kemili, pasti sedap....dan inilah hasilnya....sedap sungguhlah kari mak mertua teman ni... sebelum tu dia dah rebus sup tulang... dan daging yang saya beli dari pasar tadi pun dia goreng juga, dengan bawang dan kicap...weh! banyaknyalah pula menu daging ni...nanti kepala pun boleh pening nih... selain daging ada sambal tempoyak, petai rebus, ulam jering muda dan pekasam goreng....yum!

petang selepas asar saya dan dh ke tapah, hantar hani ke UiTM....singgah di kedai mee rebus tepi jalan sebelum simpang masuk ke tol untuk menikmati mee rebus ni...sedap juga...lain kali bolehlah singgah lagi...

6 comments:

  1. Kat kampung saya ubi kemili ni dipanggil ubi keling, tp kami makan rebus begitu je, sedap pahit2 lemak gitu. Boleh lah cuba masak dgn kari ayam nanti....tentu sedap.....

    ReplyDelete
  2. ubi ni sedap masak dengan apa juga...buat gulai dengan ikan bilis, udang, sotong, daging, ayam....etc....

    ReplyDelete
  3. salam, singgah ziarah..salam kenalan..sejuk mata memandang setting blog...syok tengok masakan2. bookmarked.

    ReplyDelete
  4. salam ma'chiks...
    salam kenalan juga dari saya...terima kasih kerana sudi singgah di sini...blog biasa dan masakan biasa-biasa saje...:)

    ReplyDelete
  5. terimah kasih akak, kerana sudi membeli rasa apam balik sy,nama sy putra azol itu kakak sy tengah meniaga .^_^

    ReplyDelete
  6. terimah kasih akak, kerana sudi membeli rasa apam balik sy,nama sy putra azol itu kakak sy tengah meniaga .^_^

    ReplyDelete