sebenarnya makyah buat kenduri kahwin anak perempuan sulungnya hari ni, sabtu....tapi kerana secara kebetulan saya ke tapah menjemput hani, kami terus melencung ke simpang pulai rumah mak yah...majlis pernikahan dijalankan petang jumaat selepas asar dan kami tiba lebih kurang jam enam setengah petang...dan majlis pernikahan baru je selesai...
seronok mak yah tengok saya dan adik saya jun from cupcakekasih datang...kami makan-makan dan sembang-sembang hingga jam sepuluh...cadangan awal saya nak terus ke kuala kangsar dan tidur rumah emak....tapi kerana hubby, hani dan ajwad nak ke cairo hari ni, kami terus balik ke KL....tapi tulah kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Pagi-pagi lagi my hubby dah buka tv CNN nak tengok situasi negara yang telah menunjukkan tanda-tanda pergolakan akan berlaku, dan apa yang dia agak memang terjadi. Kerana memikirkan soal keselamatan, my hubby batalkan trip ni dan postpone ke lain masa, bergantung kepada keadaan dan situasi negara arab tersebut...
.....sebenarnya kambing golek atas tu saya yang minta mak yah buatkan dan saya yang keluarkan belanjanya....dan saya berniat nak belanja mak-mak dan bapa-bapa saudara saya iaitu adik beradik mak yah...tapi kerana menggolek kambing perlukan kemahiran dan mak yah tak tau nak buat sendiri dia upah seorang chef yang dia kenal untuk beli kambing, sembelih, marinade dan bakarkan sekali....memang sedaplah daging kambing golek tu, dalamnya chewey dan luarnya crispy....pandai orang yang membuatnya....kata mak yah kambing tu adalah spesis kambing bor iaitu spesis kambing baru...tiada lemak dan rendah kolesterol...
Wah! Berguling2 saya kesukaan kalau dpt mkn kambing guling ni... kita kenal akak tudung merah tu... tapi dia tak kenal kita... hehehe
ReplyDelete