Friday, January 7, 2011

ecogreen organic restaurant

semalam saya pusing-pusing makan angin dengan my cousin sis kak anis....dari ttdi ke brickfield, kemudian patah balik ke ttdi, lepas tu terus ke damansara utama dan patah balik ke ttdi...

hmmm.....mesti ada yang tertanya-tanya apahal kami berdua ni...sebenarnya kak anis minta tolong saya drivekan dia ke bank dan pos office...urusan bulanan....biasalah kan, awal bulan, semua perkara nak kena dibereskan....tapi takpalah, lepas tu saya dapat makan free....hehe....kak anis belanja makan kat tempat ni....inilah pertama kali saya masuk area ini, tak tau selama ni ada bangunan kat dalam kawasan yang agak ceruk jugalah...

ok, jugalah....food just nice, cuma harganya yang agak mahal sikitlah pada standard saya, sebabnya, makanan memang sangat simple....no meat, no seafood, or even eggs...hanya sayuran...mungkin sebab sumbernya dari bahan organic, itulah harganya agak tinggi berbanding restoran biasa...

bagi anda yang memang sangat health concious, makanan camni memang sangat sesuai...boleh cuba sendiri jika nak tau samada berbaloi atau tidak....:)

Ecogreen Organic Restaurant
lokasi: Bangunan Bakti Siti Hasmah, Changkat Abang Hj Openg, 
Taman Tun Dr Ismail, KL
my rating: 
food: 3/5
service: 3.5/5
environment: 4/5



No comments:

Post a Comment