Saturday, January 8, 2011

cucur sosej, mushroom dan cheese

salam,
tengahari tadi saya hadiri kenduri kahwin di bangi, jadi tak masak lunch...malam pula my dh kata dia tak mau makan nasi kerana lunch tadi dah makan heavy...dinner nak makan simple je...

apa yang simple selain cucur goreng!...jemu juga rasanya, asyik makan cucur yang sama...terfikir pula why not cuba buat cucur dalam versi yang berbeza...

saya pun cari apa yang ada dalam fridge...terjumpa beberapa bahan yang boleh di ubahsuai untuk di campur dalam cucuq special tu...i.e...jumbo chicken sosej, cheese, fresh mushroom, frozen corn, kucai...dan akhirnya inilah dia cucuq dinner kami malam ni... sebenarnya, selain daripada nak cerita mengenai cucur ni, saya agak teruja juga dengan foto cucuq saya ni...perasan tak kualiti gambar cucur ni yang lebih cantik berbanding foto-foto sebelum ni!

actually, sebelum pergi holiday ke India tempoh hari, my hubby beli satu kamera lagi, so masa gi cuti tu, masing-masing bawa sorang satu camera, tulah sebabnya banyak bebeno gambar kat sana (India) hingga tak terlarat nak di edit....walau bagaimanapun, dapatlah saya share sikit-sikit kat facebook 1001 untuk tatapan mereka yang berminat....:) nilah latest camera yang dh beli, Canon PowerShot G12...sebenarnya, hani yang nakkan camera ni, nak ganti camera lama dia yang rosak...tapi last-last maknya yang sapu...hehe...lagi pun hani kurang guna kamera ketika belajar....baik mama yang pakai...tak le rosak kerana tak guna...:)

dan boleh le kita share gambar food yang lebih berkualiti lagi..:)....betterlah jika di bandingkan dengan gambar dari camera cap penyu kkida sebelum ni...hehe...

btw, pada pendapat saya memang gambar dari camera ni jauh lebih baik dari camera digital Canon IXUS 960 IS....nak guna camera canggih kakak DSLR, tak mampulah pula...berat dan banyak sangat punat yang perlu di adjust....:)....kkdia ni memang jenis malas sikitlah bab-bab yang rumit camtu....mungkin sebab mata pun dah tak berapa terang...:)

dapat kamera powershot tu pun dah happy sangat kkida ni...pucuk dicita ulam mendatang, asalkan nampak jelas makanan dan photo yang kkida kongsikan....oklah tu...alhamdulillah....:)
fuh! panjang lebarlah pula cerita pasal camera nih!...

oklah berbalik pada cerita asal kita tadi iaitu cucur sosej...nilah cara saya proses bahan-bahannya... dengan menggunakan food processor, hancurkan semua bahan, iaitu sosej, celeri, bawang, cili, jagung dan fresh mushroom...tak payahlah lumat sangat....saya tak beri kuantiti bahan kerana semua ni saya main agak-agak je...ia terpulang kepada apa yang anda suka nak tambah dan bahan mana yang nak dikurangkan... letakkan semua bahan dalam mangkuk dan campurkan dengan keju yang diparut dan daun kucai... masukkan tepung, garam, gula dan soda (soda jangan banyak sangat, hanya 1/4 sudu teh sahaja)...tuangkan air suam sedikit-sedikit dan kacau hingga mendapat texture seperti diatas... panaskan minyak dan goreng cucur hingga kekuningan, angkat dan hidang ketika masih panas dengan mayonis dan sos cili... hmm....sedapnya cucur ni dan cantiknya gambar ni...hehe...:)

12 comments:

  1. aslmkm..wah...terliurnyer tgk..tpi sayaxde mixer tu..huhuhu....bak mai sepinggan..:-)

    ReplyDelete
  2. salam ummi,
    takda mixer takpa, guna blender biasa je, tapi jangan hancur sangat bahan2 tu. kalau blender pun takda cincang dengan pisau je hingga lumat.

    ReplyDelete
  3. Salam kak ida, terima kasih ucapan selamat hari lahir di blog saya tu. Menarik resipi kak ida, nanti saya cuba pulak...

    ReplyDelete
  4. salam mat...
    ni resepi main-main namanya...hehe...mat kena cuba...walau pun main-main tapi rasanya sedap...

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah Di Pg Minggu...Sedapnya...Gambar Pulak Terang Menderang... Mmg Menambat Selera...

    ReplyDelete
  6. saya pon nak la cuba buat...... menggoda selera sungguh.....

    ReplyDelete
  7. Salam Lin,
    salam kenalan, terima kasih kerana singgah kemari...:)

    Dewi,
    kena cuba...pasti tergoda...:)

    ReplyDelete
  8. salam...
    resepi kat cni sume best2....
    t,liur sy tgk gmbr2 ni...nk kena try ni .. ;p

    ReplyDelete
  9. as salam,
    ziraziz, kena cuba jangan tidak ya:)

    ReplyDelete
  10. asalamualikum salam perkenalan...ermmm..nampak sedap resepi tu..nti saya cuba buat untk anak2...

    ReplyDelete
  11. salam kkida,
    ratu nak tanya...cheese ape kkida guna?cream cheese ke...mozarella ke....cheddar ke...hmm..ke men pakai je mn2 yg suka...?ehik...

    ReplyDelete
  12. salam ratu, sorry dah lebih sebulan baru berjawab soalan ratu ni...cheese biasanya kkida suka guna cheddar atau parmesan sahaja...cheese lain kkida tak berapa familiar dan kurang guna....:)

    ReplyDelete