Thursday, January 20, 2011

chocolate chip muffin

muffin bukanlah cup cake...ia kurang manis dan cara buatnya pun sangat mudah berbanding kek atau cup cake...semua bahan dicampur sekali gus dalam satu bekas dan di gaul rata...muffin tidaklah lembut dan gebu seperti cup kek dan bahagian luarnya tebal dan crusty....muffin sedap di makan panas-panas ketika baru dikeluarkan dari oven...plain muffin dibelah dua dan disapu dengan butter dan jam....atau jika suka kita boleh tambahkan chocolate chip, walnuts, dry fruits, raisin, corn, etc kedalam bancuhan batter....

bahan-bahan:
3/4 cawan susu
1/4 cawan butter, cairkan
1 biji telur

pukul bahan diatas dalam satu bekas...

1 3/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula perang
2 1/2 tsp baking powder
3/4 tsp salt
1 tsp vanilla

ayak bahan kering dan campurkan semuanya kedalam bancuhan susu tadi....gaul sehingga semua bahan kering bercampur dan jangan terlalu lama...jika suka masukkan chocolate chips dan sebagainya....
sapukan acuan muffin dengan butter atau minyak dan sudukan muffin terus kedalam acuan...tak perlu guna paper cup...
bakar antara 20 ke 30 minit...hidang ketika masih panas...

8 comments:

  1. Cantik muffin akak. Muffin yang selalu saya buat tak naik sampai merekah macamtu. Muffin saya kembang semasa panas, bila dah sejuk turun balik. Sedangkan saya bancuh betul-betul ikut resepi. Macam mana nak buat muffin cantik macam tu sekali? sebab saya memang sangat suka buat dan makan muffin.

    ReplyDelete
  2. tumpang tanye, susu tu akak guna susu ape ek? nak cuba laa resipi ni sbb seme bhn ada kt umah..

    ReplyDelete
  3. fiffa,
    ikut cara macam akak beri tu...butter kena tunggu sejuk dulu baru campur telur dan susu...susu pun kena at room temperature, jangan masukkan susu sejuk...pukul telur, susu dan butter dengan pemukul tangan sampai sebati, tak perlu kembang (memang tak boleh kembang pun), kemudian masukkan semua bahan dan kaup balikkan tepung dengan spatula plastik asal semua bahan kering bercampur sahaja. lebih kurang 5,6 kali kaup je. panaskan oven dulu dan sudukan bancuhan kedalam muffin tin dan bakar. jangan buka oven hingga muffin nampak kekuningan...

    ReplyDelete
  4. angah,
    guna susu full cream dutch lady uht...atau fresh milk pun ok...

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak ida. Saya tak pasti sama ada saya patut memanggil akk, kak ida atau aunty ida. Untuk pengetahuan akak, saye dulu senior hanis mase di mansurah universiti. Sekarang saya berada di tahun 6, kuliah perubatan.Saya pernah beberapa kali pergi ke rumah dia semasa di Blok C. Ada ketika berjumpa dan ada ketika tidak berjumpa.Saya sangat suka mengunjungi blog akak sebab resepi yang sangat menarik dan mudah untuk dicuba. :)

    ReplyDelete
  6. sama-sama fiffa,
    kalau macam tu fiffa kena panggil aunty ida sebab fiffa mungkin sebaya dengan kakak hani, eka (23 tahun this year)...fiffa dah final yearlah sekarang ya...tahniah aunty ucapkan...hani tak sanggup nak terus belajar kat sana dan dia sekarang di UiTM, bidang actuarial science...next week 30hb dia balik ke mesir utk ambil barang2 dia...terima kasih kerana rajin jenguk blog auntie...:)

    ReplyDelete
  7. salam kak ida, nk tanya klau sy pkai tepung naik sendiri tu bole tak?? sama ke sukatannya??

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam,
    boleh...sukatan sama cuma tak perlu lagi baking powder...

    ReplyDelete