Sunday, January 2, 2011

chicken ball in kashmiri curry gravy

salam semua,
sebenarnya resepi ni saya masak 2 hari sebelum bapa mertua pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...tapi tak berkesempatan saya nak uploadkan ke blog ini sehingga hari ini....yang pergi biarlah pergi...semuga mereka aman di SANA....kita yang masih bernyawa ini harus meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga tiba masanya....

apa yang ingin saya kongsikan disini ialah rempah kari yang saya beli dari india tempoh hari...ia adalah sejenis kari yang sangat popular di sana (india).....tidak pedas dan memang sedap....jika nak cuba resepi ni anda kena dapatkan/beli rempah kari seperti diatas dari kedai yang menjual rempah ratus india....menurut kenalan yang sama mengikuti trip kami ke india tempoh hari....rempah kari seperti ini boleh dibeli dari kedai di brickfield....saya tak pasti kedai yang mana....tapi mungkin tak susah mencarinya sebab di brickfield tu memang banyak kedai runcit kaum india yang menjual rempah ratus yang diimport khas dari sana... meatball ni saya beli Azmy chicken meatball...terdapat lebih kurang 15 ketul meatball dalam satu paket... resepi diatas ni saya perolehi dari kotak rempah diatas, iaitu kashmiri mirch powder....

bahan tumisnya:
2 biji cili hijau besar
3 ulas bawang merah
2 cm halia
blender semua bahan diatas....kalau nak pedas tambahlah beberapa biji cili api hijau....

lain bahan:
3 biji tomato ranum, cincang lumat
1 biji bawang besar, hiris
1 sudu kecil kashmiri mirch powder
1/2 sudu kecil curry powder
santan

cara:
panaskan beberapa sudu minyak sapi dan tumis bahan blender hingga wangi, masukkan tomato dan bawang dan kacau lagi....masukkan rempah kari dan masukkan bebola ayam atau daging....kacau hingga bebola masak.

masukkan sedikit santan (ikut suka banyak mana) dan masukkan sedikit garam dan gula...

masak hingga kuah pekat....angkat dan hidang dengan nasi putih, nasi beriani atau roti.

No comments:

Post a Comment