Thursday, January 13, 2011

bun sambal ikan bilis

...teringin nak makan bun ikan bilis, yang jual kat bakeri selalunya taklah sedap sangat, lagipun sambalnya adalah secotet (sikit sangat) roti je yang tebal...kalau buat sendiri...ha...nah! saya sumbat sambal tu banyak-banyak, puas makan....

saya ambik jalan mudah untuk buat bun ni, guna tepung ni....dalam kotak ni ada dua paket tepung, satu paket sekitar 500g...resepi untuk bancuhan doh ni adalah resepi paling asas...

1 paket tepung campurkan dengan 1 sudu besar gula caster...ketepikan....
1 1/2 cawan air suam (lukewarm) campurkan dengan 1 paket ragi...kacau dan biarkan 5 minit... satukan tepung dan campuran ragi dan air suam tadi dan mula menguli tepung....uli selama 5 ke 10 minit....oleskan minyak dalam mangkuk seperti diatas...letakkan doh, tutup dengan tuala dapur dan biarkan selama sejam....tumbuk doh (sekali) dan uli sekejap...bahagikan doh kepada beberapa bahagian, setiap satu seberat 75g...ketepikan lima minit... leperkan doh dan isikan inti sambal ikan bilis...buat hingga habis... ketepikan, bila dah kembang macam ni, susun dalam bekas yang telah dialaskan dengan baking sheet dan bakar dalam oven selama 15 minit atau lebih pada suhu 210C...keluarkan dan sapukan minyak supaya nampak cantik seperti ini...hidang ketika masih panas... sambal ikan bilis yang sesuai untuk roti bun adalah sambal yang kurang pedas, kering dan menggunakan ikan bilis paling kecil....btw, ia terpulang kepada selera individu...

9 comments:

  1. salam kak, sedapnya nengok bun ni terliur lak nengok bun yg bulat elok jer tu...hmm jamu mata dulu..sedapnya..:)

    ReplyDelete
  2. salam kenal..nice blog..i follow!
    jemput ke blog saya http://after6am.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam Nieza,
    bulat dan sedap tau...:)

    Salam kenal Sofea,
    thank you...pasti saya jengah ke blog Sofea juga...

    ReplyDelete
  4. Salam,

    akak, pas inti isi tu, biarkab berapa minit? nk buat la roti nih...

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  5. salam bbb,
    lepas dah diletak inti, biarkan jika boleh lagi sejam, kalau tak boleh, 30, 40 minit pun ok...asal nampak roti tu kembang dan gebu dah boleh bakar...

    ReplyDelete
  6. kak,

    bole x guna tepung roti segera ni,buat roti pizza? yg cm kat bakeri..

    ReplyDelete
  7. slm kak..sy dh test buat..nti akk try2 jenguk blog sy...bila2 akk free.: ))

    ReplyDelete