Wednesday, January 19, 2011

biryani ikan

pagi tadi dalam kul 9 my cousin kak anis ajak saya keluar temankan dia ke one utama...alright...saya memang ok je...tahun ni beban mengantar mengambil anak sekolah dah kurang sikit...my son ajwad yang tunggu result spm tu dah boleh bawa kereta...jadi dialah yang tukang jemput adik sekolah (aiman dan atmam)...ialah sementara nak tunggu tengah tahun ni sebelum dia meninggalkan rumah untuk meneruskan pelajaran ke mana-mana...tumpang ajwad ada mama nak relax betul-betullah..hihi...

walau bagaimana pun masak untuk lunch tu satu kemestian...nasib baik kak anis call kul 9 dan nak keluar kul 12...sempatlah masak jap...

hari ni saya buat biryani ikan...entahlah, ni resepi reka sendiri...sedap tak sedap itu lain punya cerita, janji ada lunch di rumah, tapi setiap kali masak saya akan masak dengan sepenuh hati, cuba buat yang tersedap yang saya mampu...sementara tunggu kak anis datang jemput kul 12 saya mamam dulu. since breakfast pun makan ringan-ringan je tadi dan perut pun lapar, maka saya pun rasalah dulu apa yang saya masak...oklah sedap juga...kali ni saya guna rempah biryani brand tesco...not bad actually product tesco ni... tumis dulu rempah dengan bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya dengan minyak sapi....bila dah kekuningan masukkan rempah biryani dan kacau biar wangi, tambahkan garam dan perisa jika perlu...kemudian masukkan beras biryani yang telah dicuci dan ditoskan....kacau sekejap dalam 5 minit...

masukkan setengah beras kedalam periok, kemudian susun ikan dory dan kemudian masukkan lebihan beras biryani tadi....bubuh air mengikut ukuran jenis beras yang digunakan dan jangan lupa masukkan juga susu....tadi saya masak 2 cawan beras...jadi airnya ialah 2 cawan dan susu ideal 1 cawan...anda boleh kurangkan kuantiti susu dan lebihkan air jika suka... atas ni pula ialah tumisan untuk kari sayur menggunakan rempah garam masala yang saya beli dari India... masukkan apa saja jenis sayuran yang anda suka...saya guna apa yang ada dalam fridge je...carrot, kentang, celery, tomato, zucchini, jagung dan bungan kubis....masukkan sikit santan...selain dari tu saya suruh maid goreng ayam menggunakan rempah tandoori yang juga saya beli dari sana... since saya dah lunch kat rumah, jadi saya hanya makan ringan-ringan je masa teman kak ani lunch di Little Penang Cafe, One Utama...bawah ni apa yang kak anis makan tadi....set lunch... ayam goreng halia dengan soya sos... lai chee kang sejuk...dan bawah ni popia basah....overall food kat sini ok... kul 3 baru sampai rumah dan lepas solat zohor barulah sempat nak lepak dan relax depan laptop ni sementara nak prepare dinner pulak...hehe...dah petang macam ni....terasa pulak nak mengunyap....karipap ni memang saya buat xtra untuk di frozenkan....dan minta maid goreng 2, 3 biji nak minum dengan teh o panas.... saya masukkan telur rebus dengan inti karipap daging ni....

2 comments:

  1. mak chun pernah buat briyani ikan ni, lepas balik dari mekah. dapat idea dari sana katanya. dia guna ikan siakap dan ikan merah.

    ReplyDelete
  2. salam chun...boleh guna ikan apa je...ikut selera kita...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...