Friday, December 16, 2011

oat apple pear ice-cream dessert...

manisan-manisan...teringat ketika kkida ke negeri china bulan lalu....menurut tourist guide...mereka jarang makan dessert atau manisan selepas lunch atau dinner (terutama generasi lama)...jika ada pun hanyalah buah-buahan segar...

wbp, itu stail orang lama....generasi baru/muda china kini telah mula berjinak-jinak dengan makanan manis kerana kkida lihat ada banyak kedai kek, pastry, roti, donut dan cafe seperti starbuck dan coffee bean dimana mereka duduk melepak-lepak sambil menikmati milkshake dsbnya...juga mcd dan kfc yang menjual ice-cream, dessert dan makanan bercheese....
berbalik kepada cerita manisan/dessert...kkida ni memang suka makan manis....hmmm...kkida tahu memang tabiat itu sangatlah tidak baik untuk kesihatan...tapi tulah....nak buat macam mana....setiap hari kkida mesti minum kopi, kopi Oooo yang mesti terasa manisnya....huhu...

petang tadi kkida buat manisan lagi, apple and pear crumble...caranya dah beberapa kali kkida share kat blog ni...kali ni kkida guna 2 biji buah pear hijau besar dan 2 biji apple...chop chop....masukkan kedalam pan dan tambahkan beberapa sudu gula...hehe...dan cinnamon powder...kkida tambah lemon juice sikit supaya rasanya masam...biarkan ia mendidih dan merenih...tambahkan tepung sikit supaya sirapnya pekat....
letakkan dalam bekas kaca....buatkan toppingnya...

kkida campurkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan cooking oat, 1/2 cawan butter (chop), 1/4 cawan gula halus dan sedikit garam...gaul rata...
kkida juga campurkan satu cawan cereal bawah ini yang kkida hancurkan (optional)....
taburkan topping atas buah apple dan pear tadi dan bakar dalam preheated oven @ 180C for 20 minutes atau sehingga keperangan...hidangkan dengan ice-cream vanilla dan drizzle dengan maple syrup (jika suka)

Wednesday, December 14, 2011

spaghetti meatball lagi...

salam....mungkin dah jemu tengok kkida share resepi yang samaaaa....aje...kan!kan!...sorrylah yek!...nak wat camno....kkida sendiri pun bingung tak tau nak masak apa untuk lunch hari ni....buka drawer cabinet jumpa spaghetti, buka freezer pula tengok ada ramly burger...tengok kat kitchen pantry ada pulak  pasta sauce dan jengah kat dalam vege drawer ada sayur mayur yang sesuai nak kawankan dengan spaghetti....maka apa lagi...jadilah baked meatball pasta ni....makanan yang paling ringkas yang kkida suka sediakan dan garenti di gemari ramai....hehe...
meatball ni kkida guna ramly beef burger...defrost dan bulat-bulatkan....kemudian saute atas pan hingga masak...spaghetti tu kkida rebus macam biasa dan letakkan dalam deep glass baking dish....drizzle dengan olive oil dan taburkan cheese jika suka...

buatlah red sauce atau white sauce...kkida guna ready made pasta sauce brand tesco...panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih...masukkan cili blender (jika suka rasa pedas), kemudian masukkan pasta sos....masukkan sayuran (kkida guna kobis merah, bawang besar dan fennel...semua di hiris nipis/cincang)...masukkan perisa...renihkan sebentar... tuangkan sauce ke atas spaghetti dan meatball atas pasta sauce...taburkan cheese dan herbs kering (oregano, italian herbs dll)....
 bakar dalam oven hingga cheese cair...
hidang panas....

Tuesday, December 13, 2011

pau goreng sosej

salam,
kkida nak share satu lagi resepi yang kkida buat pagi tadi menggunakan tepung pau bluekey....tujuannya nak menghabiskan tepung tersebut supaya jangan terbuang nanti...
resepi kkida perolehi dari mauripan yis resepi...kkida buat dua versi...satu bakar dalam oven dan satu lagi goreng dalam minyak banyak...kedua-duanya pun sedap sebab kkida yang buat...huahua...nyampah
...hehe...
oklah resepinya camni...wah! rajin bebeno pulak kkida hari nikan...hehe....:)

bahan-bahan:
500g tepung pau bluekey
1 sachet yis 
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung (kkida guna canola oil sebab itu je yang ada...:)
1 1/4 cawan air
(larutkan gula dalam air)

campurkan yis dalam tepung...masukkan minyak dan air dan gaul sebati hingga menjadi seketul doh...uli doh 10 minit atau hingga doh kenyal...ketepikan selama sejam atau hingga doh mengembang...

tumbuk sekali bahagian tengah doh dan canai atas papan canai...potong memanjang segitiga (seperti foto) dan gulung sosej yang telah direbus terlebih dahulu (disejukkan)...gulung kemas dan ketepikan....biarkan 15, 20 minit hingga doh mengembang...

goreng dalam minyak panas hingga keperangan atau bakar dalam preheated oven selama 10 minit atau hingga kekuningan...hidang dengan cili sos dan mayonnaise...
kkida dapati doh ini tidak banyak serap minyak (tak makan minyak) walaupun di goreng deep fried kerana kuantiti minyak dalam pan tidak banyak berkurangan...cuba lihat foto bawah ni...roti pada sosej yang bergoreng tu putih bersihkan...tiada minyak meresap hingga ke dalamnya...
jika bandingkan antara baked and goreng...kkida lebih suka pau goreng...:)...

donut cinta hati ku sayang...

aku cinta pada mu...:) dan demi cinta dan kasih sayangku kepada mu yang tiada tolok bandingnya...pepagi lagi aku telah menguli tepung dan buat donut yang sedap ini....khas buat kekanda dan anakandas yang di cintai....hehe....
apa pula merepek merabannya kkida hari ni....tapi memang kkida tak betul sikit hari ni...huhu...kkida anggap jika kkida terlebih rajin masak makanan yang perlu ambik masa lama untuk disiapkan...memang adalah yang tak betulnya tu...hehe....
hari ni pepagi lagi kkida bungkar peti sejuk mencari tepung yang lama sungguh kkida peram...oleh kerana takut rosak...tepung tersebut kkida simpan dalam fridge...dan pagi ni kkida bertekad mesti buat sesuatu dengan tepung tersebut...

tepung yang kkida maksudkan tu adalah tepung pau bluekey....hajat di hati (tak ingat bila...) nak buat pau lah kononnya...pau ayam atau daging....tapi dek kerana tertangguh-tangguh, sampai la ni tepung tetap rupa tepung...tak berubah wajah....apalah saya ni...masak ikut mood betul...tak seperti blogger-blogger lain yang kkida tengok sangat consistent...setiap minggu pasti ada je resepi yang hebat dan ada ump!!!...
ok berbalik kepada cerita tepung pau bluekey yang terperap lama tu dan dek kerana kemalasan kkida nak buat inti pau....maka dengan memandai-mandai sendiri dan dengan penuh tawakkal...kkida guna tepung tu untuk buat dua resepi yang simple yang jauh larinya dari resepi kueh pau sebenar....:)

...500g tepung tu kkida buat pau/roti goreng (next entri kkida share resepinya...:)...dan 500g lagi kkida buat donut ni....dan Alhamdulillah...tak salah sebenarnya kita guna tepung pau untuk resepi selain kueh pau dan kkida suka terutama kueh donut goreng kat bawah ni....ia crunchy diluar dan gebus didalam...yummy!
jika youall nak cuba ni resepinya yang kkida petik dari mauripan yis recipes:

bahan-bahan:
500g tepung pau bluekey
1 sachet serbuk yis
3/4 cawan air
1/3 cawan susu tepung
(since kkida takada susu tepung kkida campurkan 1/2 cawan air dengan 1/4 cawan susu sejat...lebihkan sikit jika perlu)
1 biji telur
1/2 cawan marjerin cair
3 sudu besar gula pasir halus
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar baking powder
cara membuatnya:
1) gaulkan tepung dengan yis segera...masukkan telur, marjerin, garam, baking powder...
2) larutkan gula dalam air (atau susu)dan tuangkan ke dalam tepung...
3) gaul hingga adunan menjadi seketul doh dan uli hingga kenyal (dalam 10 minit)...ketepikan selama 30 ke 60 minit atau hingga doh mengembang...
4) tumbuk sekali pada bahagian tengah doh...keluarkan dan canaikan adunan...terap ikut acuan yang anda suka...
5) ketepikan dan biarkan ia mengembang....antara 15 ke 20 minit...
6) bakar atau goreng hingga keperangan...
7) gaul dengan gula...atau sapukan lemon icing, coklat icing dan lain-lain topping yang anda suka...
tapi bagi kkida....kkida lebih suka gentelkan doh bulat-bulat sebesar guli dan biarkan ia kembang...panaskan minyak kepada 160C dan deep fry hingga kekuningan....angkat dan gaulkan dengan gula halus yang di campur dengan sedikit serbuk cinnamon dan sedikit garam halus....sedap...
donut heart shape kat atas sekali tu kkida bakar selama 10 minit lebih kurang (atau hingga kekuningan)...keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar....belah dua dan letakkan filling yang anda suka...kkida guna left over blueberry pie filling yang dah berbulan kat dalam peti ais....jika ada cream cheese icing lagilah sedap...sapu dulu cream cheese icing dan kemudian baru topkan dengan blueberry....pasti ia lebih creamy dan ada rasa manis dan masam sikit....makan pun tak toleh kiri kanan dah...:)

Monday, December 12, 2011

burger wraps

salam hari senin
...hanya tinggal dua minggu je lagi sebelum kita menjengah ke tahun baru...masa berlalu begitu pantaskan!
liplapliplap dah nak masuk tahun baru dan jika panjang umur merasalah kita menjengah ke tahun 2012...

saya happy banget semalam....my old bibik telah kembali dari cuti panjang empat bulan....sebelum dia pergi bulan july dulu saya janji nak bagi bonus sebulan gaji jika dia datang balik....mungkin sebab tulah dia datang semula kot...apa-apa pun Syukur Alhamdulillah, lepas dah satu bab...bolehlah si Elah balik for good bulan depan...:)
pagi tadi saya ke jaya grocer...lama jugak tak jengah kesitu....cari-cari produk MyChef...ingat dah ada jual kat tempat tu...tak jumpa pula...tanya pada pekerja, depa kata belum ada lagi...produk tersebut belum di hantar oleh syarikat pengeluar MyChef...

...lah! kat wall fb MyChef tulis dah ada jual kat jaya grocer!!!...ish! awat lagu tu cek oi...awat kata dah ada juai tapi bila pi tengok takdak pun lagi...tak baik buat camtu tau....marah le pelanggan-pelanggan anda yang dok tertunggu-tunggu akan produk anda tu...

nasib baiklah yang mencari tu kkida....pahamlah kita akan masalah depa...cuba orang lain yang mencari...mau di hamputnya kat fb anda nanti...:/
dan dua tiga hari ni juga saya sebok dok mentelaah western australia map (ngalahkan nak ambik periksa subjek ilmu alam...hehe...pasti boleh dapat A1 lah kalau soalan berkenaan negeri tu yang keluar...:)

bukannya apa...saje je nak survey kat bahagian mana negeri tu yang harus dilawati...tak maulah dok pusing kat bandar Perth je...prefer lagi keluar bandar...sightseeing...tengok pemandangan countrynya yang pasti berlainan dari negeri kita ni....Insyaallah...next week saya sekeluarga nak kesana...free and easy...jalan sendiri-sendiri...

banyak jugalah info yang saya dapat dari website serta travel blog beberapa blogger muda yang rajin sungguh menulis dan bercerita dari A to Z mengenai pengalaman mereka berjalan ke merata dunia....info-info yang anda berikan memang amat membantu terutama bagi mereka-mereka yang travel sendiri tanpa khidmat travel agent....thanks again...antara blog-blog yang sempat saya jelajahi adalah blog ini dan ini dan ini...juga blog ini....dan banyak lagilah...kkida pun tak ingat berapa banyak blog yang dah kkida baca untuk mendapatkan info yang berguna...
sorry ye!....sementara nak masuk bab makan, banyak bebeno cerita saya ni yang tiada kena-mengena dengan photos yang berderet kat entri ni....hehe...

wbp...kkida rasa tak perlulah nak describe lebih-lebih mengenai photo-photo ni kerana ia amat jelas dan mudah di fahami...daging burger yang dibalut dengan plain wrap...selain burger anda boleh guna sosej atau nugget atau meatball, mince beef gravy dan sebagainya..

sebenarnya kkida nak buat burger untuk lunch tadi...since tiada roti burger jual kat jaya grocer dan plain wrap camni banyak...so kkida pun beli jelah wrap ni...fungsinya sama seperti roti burger...cuma rupa dan caranya saje yang lain....anda boleh gril dalam oven, toaster atau gril pan...
bahan-bahan sampingan ni ikut pilihan dan selera masing-masing...timun, salad, kobis, sebarang jenis sos, pickle, sebarang jenis cheese dll...
makan seketul je dah kenyang...:)

Thursday, December 8, 2011

waffle scrambled egg sandwich

selain makan dengan roti, scrambled eggs juga boleh di kawankan dengan waffle...
untuk resepi scrambled egg ni kkida guna 2 biji telur di pukul dengan 2 sudu besar susu cair (evaporated milk), italian herbs, salt and pepper....tambahkan beberapa ketul baby sausage yang di gril dulu, kemudian di slice nipis, chopped tomato (seedless)...serta crumbled feta...
toast waffle...kkida guna frozen waffle...jika ada waffle maker anda boleh buat waffle sendiri...lebih baik berbanding waffle frozen macam ni....
sandwichkan scrambled egg dengan waffle yang telah di bakar garing dan hidangkan dengan segera....jika suka boleh siramkan waffle dengan maple sirap atau honey (untuk menambahkan kalorinya....hehe...)...

Thursday, December 1, 2011

cucur labu, tahu lembut ala china mari and green tea

salam, terasa lama juga tak share gambar makanan dan resepi....hehe...asyik sibuk bercerita pasal my trip ke china aje...

oklah...la ni kkida nak share apa yang kkida masak semalam dan hari ni...:)...hmmm....pasti ada yang kata...aleh kkida ni....cucuq camtu pun nak tunjuk kat sini...:)

tapikan kkida nak bagitau...ni bukan sebarang cucur tau...tengok rupanya...cantikkan...cucur ni kkida campur parutan isi labu kuning dan udang kering/geragau...lain-lain bahan sama....bawang, cili merah dan jika nak letak kucai pun boleh....kuantiti kena agak-agak sendirilah ye....kkida kalau masak macam ni memang takda ukuran tertentu....main letak je ikut deria rasa...:)

goreng macam goreng cucur udang/bawang dan cicah dengan sos cili atau kuah kacang....sedap...
yang ni pula....hmmm....mentang-mentang asyik makan tofu je masa trip hari tu....hari ni kkida cubalah pula masak ala-ala chinese style....pagi tadi kkida gi tesco dan beli tofu yang lembut sekali dan udang besar...

resepinya ciptaan sendiri...hehe...senang je....udang kupas kulit dalam 10 ekor....tahu lembut seketul...lain-lain bahan kkida guna bawang putih, bawang merah kecil (tumbuk kedua-duanya), bawang besar sebelah, slice....cili merah slice, daun bawang dan sup....sos tomato, sos tiram, cili blender, kicap manis dan seasoning...

tumis dulu bahan tumbuk dan cili blender, masukkan bawang besar dan cili merah/hijau....kacau sebentar...masukkan sos dan kicap serta bahan perisa...masukkan udang dan akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup, tambahkan air jika suka lebih gravy...hidang panas...
masa trip hari tu kkida ada beli green tea ni....harganya...mak ai....pikir 13 kali masa nak beli...tapi hubby kkida beli juga dek sebab terpengaruh dengan demo minah kat foto atas tu....tapi nampak macam betul je...mula-mula dia letak beras dalam cawan, kemudian dia tuangkan iodine ke dalam beras tersebut dan beras jadi sangat hitam....kemudian dia tuangkan chinese green tea ke dalam beras yang dah hitam tadi...dengan serta merta beras jadi putih semula dan air nya kembali jernih....macam letak clorox pula...hehe...
teh ini mampu menyahkan toksid dan minyak dalam badan dan dalam makanan kita...jadikan ia sebagai minuman harian...macam kita minum air kosong gitu....memang kkida dapat rasakan kesannya setelah beberapa hari hanya minum teh ni je....segala-galanya lawas...hehee.....
harap-harap lepas enam bulan nanti kkida boleh jadi seperti amoi yang berbaju hitam tu...huahuahua....pecah kepala hubby kkida lepas tu....heheeeeeee....

*********************************************************************************
sad news....my cousin sis anisah semakin kritikal....petang tadi kkida lawat dia....lama kkida di sana...nampaknya ubat-ubatan yang di beri tidak mampu melawan kuman atau bakteria yang bersarang dalam paru-parunya tu....hanya doa yang mampu kami hulurkan buat kak anisah...:'(

(entri ni sebenarnya kkida taip sebelum dapat news about kak anis...tapi kkida save kerana terpaksa bekejar ke hospital....lepas ni mungkin kkida nak ke hospital semula...)

Tuesday, November 22, 2011

coney dog atau sloppy dog....:)

salam,
kkida sibuk berkemas hari ni....mengemas luggage....esok sebelum subuh kkida sekeluarga dah nak ke lcct...flight jam 8 pagi...:)

beberapa hari akan datang kemungkinan kkida tak dapat nak online...kecuali jika ada internet...jika ada pasti kkida akan update apa yang boleh...nak share apa yang kkida makan kat sana nanti, street food, etc...jika tidak, bila dah balik nanti (nextweek) barulah kkida akan ceritakan segalanya...:)
oklah sebelum kkida berundur diri, kkida nak share gambar hotdog ni yang kkida buat semalam....hotdog tu biasa je....cuma selalunya hotdog yang kkida buat tanpa topping, hanya cili sos dan mayonnaise....tapi kali ni kkida buat beef gravy topping...ala-ala coney dog gitu atau pun sloppy joes gravy...or namakan jelah apa pun takpa....janji ia sedap....

gravy tu kkida guna mince beef, can tomato, bawang besar putih sebiji, cincang, bawang putih sikit, tumbuk, oregano dan tomato sos....perisa, garam dan gula...masak hingga ia pekat dan tidak berair....

bakar roti, letakkan sosej yang dah di masak, sudukan gravy ke atas hotdog, tambahkan salad, cheese, mayonnaise, cili sos, mustard dll....ikut selera anda....jika anak lelaki kkida yang tiga orang tu satu tak cukup, dua baru kenyang....lol....
bawah ni kkida nak share meehoon goreng....hai! meehoon pun kkida nak share?....takdalah....ni meehoon jenis kasar....sedap jugalah meehoon jenis ni....goreng tak guna cili blender...hanya cili api...tulah sebabnya warna tak merah...kicap pun kkida tak guna, tu le sebab tak hitam....hehe...meehoon ala-ala singapore gitu....:)
dan bawah ni saje kkida nak share....hehe....ini lah stail kkida jika gi trip ke mana-mana....terutama ke luar negara...snack food or tidbits macam ni memanglah sangat di perlukan...maklumlah nak duduk dalam plane dan bas berjam-jam...pastilah mulut tu nak ngunyap-ngunyap juga...:)

lagi pun negara yang kkida nak gi ni pulak memang terkenal dengan barang tiruan....makanan pun banyak yang dah di copycat...tak tau nak beza yang asli dan sebaliknya...jika tak bawa bekal camni memang mengangalah anak-anak kkida nanti.....huhu....
oklah, nampaknya takat ni je pokpek kkida untuk ntri ini....Insyaallah jika panjang umur kita ketemu lagi....oleh itu disini kkida menyusun sepuluh jari minta maaf jika ada terkasar bahasa, terkecil hati tatkala anda melayari blog kkida ni.......:)