Thursday, December 30, 2010

lemon vanilla cupcakes

entah kenapa tiba-tiba terasa pulak nak makan vanilla muffin/cupcake petang ni....maka saya pun jenguk-jenguklah dalam almari dapur dan peti sejuk mencari jika ada bahan-bahan yang berkenaan...0key! nasib baik semua bahan ada...maka jadilah lemon vanilla cupcake saya...

hmm...yummy!.......saya suka cupcake yang simple macam ni....vanilla flavour with lemon zest...oleh kerana ada yang tak mahukan icing...maka selamatlah icing sugar dan butter saya...hubby dan anak-anak lebih suka yang plain sahaja....

resepi ni saya perolehi dari website...tapi sebenarnya kebanyakan resepi vanilla cupcake lebih kurang sama sahaja....

ingredients
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, room temperature
2/3 cup (130 grams) granulated white sugar
3 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
zest of 1 large lemon (outer yellow skin)
1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
1/4 cup (60 ml) milk

buttercream frosting: optional
2 cups (230 grams) confectioners sugar (icing or powdered sugar), sifted
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract
2 tablespoons milk or light cream
Assorted food colors (if desired)

method
Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and line 12 muffin cups with paper liners.

In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter and sugar until light and fluffy. Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Beat in the vanilla extract and lemon zest.

In a separate bowl whisk together the flour, baking powder, and salt.

With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and milk, in three additions, beginning and ending with the flour. Scrape down the sides of the bowl as needed.

Evenly fill the muffin cups with the batter and bake for about 18-20 minutes or until nicely browned and a toothpick inserted into a cupcake comes out clean. Remove from oven and place on a wire rack to cool. Once the cupcakes have completely cooled, frost with icing.

for the frosting:
In an electric mixer, or with a hand mixer, cream the butter until smooth and well blended. Add the vanilla extract. With the mixer on low speed, gradually beat in the sugar. Scrape down the sides of the bowl. Add the milk and beat on high speed until frosting is light and fluffy (about 3-4 minutes). Add a little more milk or sugar, if needed. Tint the frosting with desired food color

Makes about 12 cupcakes

sorrylah ya...saya malas sikit nak translate resepi diatas ni...kalau tak faham, kenalah tanya anak atau anak sedara yang faham bahasa inggeris...:)

india McD...

salam...dah nak sampai penghujung dah cerita trip india kkida dan ntri ni hanyalah sebagai selingan...penutup cerita...

sebelum bertolak ke airport untuk penerbangan pulang, tour guide kami berikan masa sekitar 2 jam untuk kami ronda-ronda disalah sebuah shopping mall yang hebat juga....since ada peluang shopping....bolehlah kkida nak cari serbuk rempah kari untuk seafood, meat dan sebagainya....:)

selain dari itu tiada yang menarik untuk di beli dari shopping mall tersebut...semua kedai berjenama menjual pakaian untuk musim winter sahaja...teringat yang dinner kami lambat lagi (atas pesawat nanti)...hubby ajak makan McD...

oklah, since perut pun rasa lapar masa tu...kami makan fish fillet sandwich sahaja...dan inilah rupa burger bun mereka, rasanya lebih kurang sama dengan McD kita...mungkin dari segi kualiti ada kureng sikit...:)



dessert....india...

sambung lagi....nak cerita mengenai dessert kat sana pula...
terdapat pelbagai jenis dessert yang disediakan setiap kali dinner kat hotel (agra, delhi dan jaipur)....wbp, majoriti makanan pencuci mulut mereka memanglah sangat manis....huhu....ice-cream mereka sangat sedap...begitu juga dengan bread pudding ini....:)vanilla ice-cream, bread pudding, chocolate roll and fruit salad...
dessert atas dan bawah ni kkida tak rasa pun...hanya ambil photo je....tapi biasalah...pasti manis rasanya...:) fruits in ricotta cheese and cream cheese, banana pudding and chocolate sponge cake... rice pudding...dan bawah ni pula gulabjamum, pemanis mulut tradisional mereka...memanglah tersangat manis... overall, kkida memang puashati dengan makanan yang dihidangkan oleh pihak hotel, samada sarapan pagi atau makan malam...variety dan berkualiti...we love their food...

Tuesday, December 28, 2010

gril chicken tortilla

salah satu cara untuk menikmati roti tortilla...
buatkan intinya dulu...saute cut vegetable...onion, zucchini, carrot, corn...etc...
spreadkan sekeping tortilla dengan cream cheese atau bean paste atau guacamole atau apa saja sapuan/lepa yang anda suka...taburkan sayur campuran yang telah dimasak tadi...taburkan isi ayam yang telah dimasak terlebih dahulu dan dicarik-carik...selain ayam boleh guna daging sandwich, burger, seafood dsbnya...
taburkan cheese mozarella, cheddar, parmesan dsbnya...
sapukan sekeping lagi roti dengan sebarang lepa/spread pilihan anda dan tangkupkan keatas inti yang telah ditaburkan tadi...bakar dalam oven 180C hingga cheese cair atau anda boleh gril atas dapur hingga kekuningan...potong kepada beberapa bahagian dan makan ketika masih panas...
anak-anak pasti suka....

Monday, December 27, 2010

breakfast...delhi, agra, jaipur...

salam,
sepanjang enam hari berada di india kami hanya sarapan di hotel sahaja...pakej airasia menempatkan kumpulan kami di hotel bertaraf empat dan lima bintang sahaja kerana mungkin pihak airasia tak mahu ada masalah berbangkit atau komplen kemudian hari...

terdapat banyak pilihan makanan...dan kebanyakannya hidangan vegetarian...kurang makanan berdaging dan porkfree...wbp kkida anak beranak hanya makan roti, telur, dhal dan makanan yang kami yakin halal di makan...

foto atas...anak bongsu kkida memang suka roti canai...since tiada roti canai di india, capati, naan bread, tosei pun ok...asalkan ada dhal....selain tu dia memang suka omelette...
my choice...simple...omelette and slice bread...and cheese
masala bread....cantik dan rasanya memang sedap...
spiral sweet bun...or pastry...
omelette chef...handsome kan!
pilihan aneka juice...terdapat juga yogurt dan susu...memang itu minuman harian mereka...
roti ni dipintal seperti croissant...sedap di makan camtu sahaja....mereka memang pandai buat roti kerana roti ialah sebahagian daripada makanan ruji mereka selain nasi...
telur rebus mesti ada...tak tau nak makan macam mana ni....:) atas ni roti yang digoreng dengan telur...seperti egg toast... fruit cakes... atas salad sandwich...dan bawah ni pula ialah grill tomato, top with cheese...sedap...
atas...omelette, bake beans, hash brown/grill potato, grill tomato and mushroom sauce...
slice cheddar cheese...
oatmeal...
yougurt and fruits...
fruits and yogurt...very healthy...
lassi drink, tapi kkida tak benarkan anak-anak minum minuman berasaskan susu ni...takut sakit perut pula nanti, susah nak berjalan... gitulah lebih kurang breakfast di delhi, agra dan jaipur...simple meal...oklah sebagai alas perut sebelum keluar sightseeing setiap hari selama enam hari di sana...:)

Saturday, December 25, 2010

nasi, dhal dan roti...delhi agra jaipur...

salam, sekarang kkida nak cerita pula tentang our lunch and dinner during our trip to India...since india ni makanan rujinya sama macam kita kat malaysia, maka taklah terkial-kial sangat ketika memilih apa kita nak makan...

beras di negara ini sangat berkualiti dan cantik...kalah beras kita kat malaysia...beras basmatinya...MasyaAllah panjang dekat nak seinci...hehe...

hidangan nasi beriani memang berasal dari India, tetapi apa yang biasa kita makan kat Malaysia hanya 50 peratus sahaja keenakannya berbanding nasi beriani kat india...sedap...wbp, ada juga makanan yang tidak memenuhi selera kkida...memang tak enak langsung rasanya...

kebanyakan hotel yang kami nginap hidang makanan vegetarian...jika ada makanan berdaging hanya ayam dan mutton dan awal-awal lagi kami diberitahu bahawa ia adalah halal...dan sepanjang lima hari berada disana kami hanya breakfast dan dinner dihotel penginapan sahaja...lunch pula direstoran terpilih...makanan di hotel telah termasuk dalam package airasiago.com...cuma lunch sahaja sendiri-sendiri...

harga makanan direstoran tak kira di delhi, agra dan jaipur memanglah mahal, maklumlah...kami dibawa ke restoran yang hanya dipenuhi oleh pelancung, mana tak mahal...sekali duduk tak kurang RM100...tapi since kita tak tahu mana nak cari makanan yang reasonable harganya dan halal, maka ikut ajelah...huhu...
foto atas; nasi putih, terung bakar bercheese, tofu ball in curry gravy, fried fish fillet, bergedel tahu...dinner at Mansingh Hotel, Jaipur...
yang ni pula; naan bread, dhal...fried potato...dinner at Mansingh Hotel, Agra...
egg beriani...lunch at one of restaurant on the way back to Delhi...yang ni memang tak terterima dek tekak saya...nak kata beriani bukan, nasi goreng pun bukan...harganya....mak ai...tak padan dengan rupa dan rasa...mahal bukan main...
yang ni pun not so goodlah, beriani tu kureng sikit berbanding nasi goreng vegetable tu...dhal always delicious...
dhal...hmm...sedap weh!
yang ni kami dinner kat hotel Mansingh Agra...onion prata, yellow rice and dhal...
tengoklah betapa cantiknya beras mereka...
vegetable beriani....semangkuk ni bebelas ringgit kak oi...tak kenyang anak-anak saya makan, seciput je...hehe...
dhal...mereka sangat expert buat kuah dhal...kita memang tak boleh lawan punya...hehe...
restoran ini dimiliki oleh orang islam....harganya amat berpatutan dan memang sedap...lunch di delhi before proceed to agra...
naan bread...
yang ni pula paling kelakar dan paling...ish! malaslah kkida nak cakap...teruk bebenolah tukang masak ni...rupanya memang menyelerakan....wbp, baru je sesuap masuk ke mulut kkida tolak ketepi...vegetarian fried rice katanya...rasanya masam, entah apalah bahan yang mereka letak, mungkin tairu kot...memang tak lalu makan....kkida minta tukar makanan lain kerana harganya taklah murah...:-O
roti ni sedap...rajashtan naan bread...
look at the rice...cantikkan...nasi pilao...
mutton beriani....lunch direstoran milik muslim....
nasi putih dan vegetable beriani...dinner kat hotel...

itulah dinner dan lunch kami sepanjang di india....overall makanan di restoran memang mahal kerana kami makan kat tempat tourist makan...menurut tour guide kami dia tak berani nak bawa kami makan kat tempat sembarangan kerana takut ada yang sakit perut pula nanti...susah kerana perjalanan dari delhi ke agra, agra ke jaipur dan jaipur ke delhi semula memang jauh...jenuhlah pula nanti jika ada yang sakit perut dan asyik nak ke tandas je...hehe...Alhamdulillah...nasib baik tiada sesiapa dalam group kkida yang seramai 21 orang tu yang alami sakit perut sepanjang enam hari tersebut...:)

nanti sambung lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...