dan kerana semangat yang berkobar-kobar disebabkan terjumpa resepi yang best ni, maka saya pun carilah labu yang kononnya berkualiti...dan saya dapat...
tapi waduh mak....harganya...saya memang nampak harga labu ni sekilo RM11+...tapi ambik juga dan suruh elah timbangkan...yang maid bertuah ni pun main timbang je dan letak dalam troley....sampai rumah masa saya nak buat kek ni baru dia cakap...
"buk, mahal sangat labu ni ya..." berapa? saya tanya kat dia..."22 ringgit buk"...
terbeliak biji mata saya...hah! 22 ringgit, mahalnya..."kenapa tak bagitau saya masa kat tesco tadi....dah sampai rumah baru cakap"...
"oh! saya ingat ibu tak kesah...orang yang timbang tu cakap sama saya, betul ke awak nak beli labu ni, takut saya tengok harganya, saya pun tak sanggup nak beli, saya jawab iyalah, nak belilah"...
ewah! ewah!...pandailah pulak dia buat keputusan bagi pihak saya...tapi tak ngapalah...baru 22 ringgit, bukan 220 ringgit...kek kat secret resepi tu lagilah mahal, sebiji lebih RM60...belum tentu depa guna good qualiti ingredients...ni home made cheese cake...guna bahan berkualiti...pasti lebih berbaloikan!
nak tengok tak labu RM22....nilah rupanya...
resepi untuk crust bahagian bawah...
120g butter, melted
2 tbs brown sugar
pinch of salt
hancurkan ginger cookies dalam food processor, kemudian campur dengan semua bahan lain...
masukkan cookies crumb tadi ke foil cup dan tekan sedikit...buat sampai habis.
main ingredients
3 ketul cream cheese philadelphia atau lain brand (total weight 750g)
1 cup pumpkin puree (rebus labu dan hancurkan)
1/2 cup sugar
1/2 cup sour cream
2 eggs
1 tsp salt
1/4 cup all purpose flour
1/2 tsp cinnamon powder
1/2 tsp ginger powder
1/4 tsp nutmeg powder
pinch of clove
cara nak buatnya sangat senang....masukkan semua bahan dalam food processor dan kisar hingga semua mix up dan sebati....
lepas tu...sudukan kedalam small aluminium cup tadi...

