Friday, October 29, 2010

gulai kerang dengan betik muda

lauk orang kampung, masak cara mak mertua and hubby's favourite...mungkin kalau orang tak biasa terasa lain sikit...

my mother-in-law adalah orang yang paling creative dalam penyediaan makanan...dan of course masakannya sedap...bukan puji sebab nak bodek suami, tapi itu adalah kenyataan. even my mum's cooking pun kureng sikit berbanding my MIL...puji ikhlas ni...

tatkala baru berumahtangga dan MIL masih sehat dan kuat, saya merasa makan berbagai jenis juadah yang jarang saya lihat sebelumnya...contohnya gulai umbut kelapa dengan ikan masin, sayur lemak pucuk kacang botor, kerabu tembikai (bahagian tembikai yang putih), gulai kepah sungai yg sangat besar dan hanya dijual di sebelah utara...yummy!, kari umbut pisang, gulai biji cempedak dan sebagainya dan sejujurnya saya katakan, curry MIL is the best so far....saya dah berjalan merata negeri seluruh Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak) dan tak jumpa lagi kari sesedap kari MIL....tapi kini MIL dah sangat uzur dan tak mampu nak lakukan kerja masak-masak yang keterlaluan....dan segalanya hanya tinggal ingatan....

sekarang ni kalau nak makan sedap saya rekalah sendiri...kalau sedap, sedaplah...kalau tak sebaliknya....

untuk gulai diatas, saya guna rempah kari ikan. tumis kari seperti biasa, setelah wangi rempahnya masukkan betik muda dan tambahkan air. rebus sehingga betik lembut. masukkan santan dan kerang....kerang saya celur terlebih dahulu dan separuh saya buang kulitnya (kalau MIL buat dia tak celur kerang, terus masuk kedalam kuah kari) kerana saya tak mahu ambil risiko kerang busuk. tambahkan garam dan lain perisa.

rendang daging hijau

saya pernah poskan rempah pes hijau ni dalam beberapa entri yang lalu. ketika itu saya gunakan formula yang sama untuk membuat kari ayam hijau (green chicken curry)....kali ni saya menggunakan pes yang sama untuk masak daging dengan terung pipit.

rebus daging hingga empuk. panaskan minyak dan tumis rempah hijau dan serai (diketuk)hingga wangi. masukkan daging, santan dan terung pipit. tambahkan garam, gula, perisa. masak sehingga kering. tambah air asam limau dan rasa mengikut selera anda.

ayam panggang serba rasa

seperti yang saya cerita pada entri sebelum ini...semalam saya macam terlebih rajin...yelah mood tu kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok...

lepas buat kek pisang...saya memanggang ayam pula...banyak idea-idea masakan saya, saya perolehi dari rancangan-rancangan masakan channel AFC dan LI...dan resepi ayam panggang serba rasa ni saya garapkan dari rancangan masakan 'best Wan' yang dihostkan oleh chef wan.

tapi saya tak dapat nak ingatkan seratus peratus bahan-bahan yang digunakan oleh chef wan....oleh itu saya main agak-agak je...

tapi hasilnya memang sedaplah pada saya dan anak-anak...

untuk resepi ini saya gunakan

6 potong paha ayam
2 helai daun pandan, simpulkan
3 batang serai, ketuk
1/2 cawan santan pekat

bahan blender;
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
5 helai daun limau purut
3 biji air limau kasturi

cara;
1) panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis daun pandan dan serai hingga wangi. masukkan bahan blender dan kacau hingga wangi. masukkan ayam dan kacau hingga rata. masukkan santan, garam, perisa dan gula. kacau lagi hingga kuah pekat (dalam 5 ke 10 minit).
2) keluarkan ayam dan ketepikan. masak kuah gravy hingga pekat. tambahkan garam, gula, asam limau dan perisa jika perlu (ikut selera anda). ketepikan.
3) susun ayam tadi dalam bekas pemanggang dan panggang dalam oven sehingga masak kedua-dua belah...lebih kurang sejam ke sejam setengah.
4) keluarkan dari oven dan hidang panas di sapukan dengan gravy sauce tadi... lihatlah betapa comotnya bekas pemanggang ni kan....yelah selalunya saya hanya letak photo makanan yang dah dihidang kemas....sebenarnya macam nilah keadaan setiap kali lepas masak, tak kira di dapur basah atau dapur kering... malam tadi my hubby bawa balik beberapa bungkus nasi beriani (tanpa lauk) dari masjid...setiap malam jumaat pasti ada yang menjamu makan di masjid kampung ini...

kerana ada lebih ayam panggang (atas), pagi ni saya goreng nasi beriani tersebut di campur isi ayam dan kacang panjang...untuk sarapan pagi ni...

Thursday, October 28, 2010

sour cream banana cake

eh!...tiba-tibakan semangat saya untuk masak macam berapi-rapi pulak hari ni...mungkin sebab birthday kakak kot....hmmm...mungkin jugalah...

lepas masak pasta pagi tadi...saya selongkar lagi peti sejuk...nak cari butter dan sour cream...sebabnya, kerana ada pisang besar-besar yang saya beli dari Tesco semalam. teringinlah pulak nak makan kek pisang, "semuanya aku teringin nak makan"....butter cake semalam tinggal sikit je lagi...

untuk resepi kek pisang kali ni (tak ingat sebelum ni saya ada masukkan resepi kek pisang tak?)...saya nak buat lain sikit dari yang biasa saya makan...kali ni saya nak campur sour cream atau krim masam....nampak macam sedap je gambar kat buku resepi AWW tu...

nilah dia kek pisang sour cream, baru saja keluar dari oven dan memang sedap... saya menggunakan cream cheese icing untuk topping kek ini...walau bagaimanapun dibawah ni saya beri resepi topping asal kek ini....

ingredients125g butter
2 eggs
1 cup mashed banana
1 1/2 cups self-raising flour
1 tsp bicarbonate of soda
3/4 sour cream
1 tablespoon milk

method1) cream butter and sugar with electric mixer until light and fluffy, beat in eggs, one at a time and beat until combined.
2) stir in banana, stir in half the sifted dry ingredients with half the combines sour cream and milk then stir in remaining dry ingredients and sour cream mixture. stir until smooth.
3) pour mixture into prepared pan. bake at 180C for about one hour.

caramel icing...melt 60g butter and 1/2 cup brown sugar in saucepan, stir contantly over heat without boiling for 2 minutes. add 2 tablespoon sour cream, bring to the boil. remove from heat, stir in 1 1/2 cups sifted icing sugar.

pasta dengan fillet ikan

masak, masak, masak....then makan, makan, makan....itulah kroje nya kata orang Perak...

ngapa masak yang susah-susah....masak je yang mudah...makannya kejap je....letihnya berjam-jam...betul juga kan!....kenapalah kita ni suka benar bersusah payah pasal makan....kalau tengok sesetengah orang tu...makan je apa yang ada....nasi, ikan goreng kicap, sayur rebus, sambal belacan....dah....janji kenyang dan tidoq pun lena....kesihatan pun lebih terjamin....

apalah yang saya dok membebel sorang-sorang ni.....semalam birthday kakak...belum habis lagi cerita hal kakak ni....saya lebih senang panggil anak sulong saya tu dengan panggilan 'kakak'....dia pun suka bahasakan diri dia 'kakak'....yelah anak sulong....bila dapat adik otomatik jadi kakaklah...menunjukkan yang dia lebih tua dari adik-adik yang lain...

kakak memang anak manja...cucu sulong opah dan tok jah....seorang yang keras hati dan hard working....punya cita-cita yang tinggi....dalam pelajaran juga kakak menyerlah....sejak dari PMR, SPM dan kini menghabiskan ijazah pertama (architecture) di UIA....Insyaallah, July depan kakak habis belajar di UIA...tapi belum boleh jadi architect lagi...jauh lagi perjalanannya....kakak nak sambung belajar ke Australia...Insyaallah....dan ayah kata ok, boleh sponsor, janji kakak belajar bersungguh-sungguh....menjadi penyambung cita-cita ayah yang terbantut (melencong ke bidang jurutera) kerana kurangnya pendedahan dalam bidang senibina....

oklah cukup cerita tentang kakak....

pagi ni, bangun awal, masuk ke dapur, menyelongkar peti sejuk, drawer, cabinet...mencari bahan untuk masak....apa yang ada ye!....nak masak apa hari ni?

jumpa pasta, blackpepper fish fillet, breadcrumbs, cherry tomato, herbs, olive oil, mozarella/parmesan cheese....oklah...jalan.....maka jadilah juadah ini....hehehe... berserabutlah sikit gambar dish ni....tapi itu tak penting...hehe...janji habis....

Wednesday, October 27, 2010

telah dewasa....

cepatnya masa berlalu....dalam sedar tak sedar anak dara sulong saya telah berusia 22 tahun hari ini....Eka atau Nur Zalikha...

kerana eka sibuk dengan belajar dan lewat sampai rumah....maka, tiada juadah istimewa yang saya sediakan...nak ajak dia makan kat luar pun tak sempat, dia sampai rumah dah lewat....lagi pun ada kawan belanja makan dan potong rambut...."hai! bertuahnya anak aku ni"....:)

dalam dok membelek buku resepi dan berfikir nak masak apa untuk birthday eka ni.....saya ternampak resepi cake ini...pound butter cake...nampak mudah sangat nak membuatnya dan bahan-bahan pun semua ada...

lepas maghrib saya pun bakar kek ni....buat icing...elok-elok siap je eka pun sampai, i.e. around 9.30... saya ni tak pandai nak decorate cake cantik-cantik...malas pun ia...lagi pun dah malam....jadilah ya kak! moist butter cake...hmmm...yummy! ingredients250g butter
1 tsp vanilla
1 cup castor sugar
4 eggs
1/2 cup self raising flour
1 cup plain flour

1) beat butter, vanilla and sugar until light and fluffy. add eggs one at a time, beating well between additions.
2) fold in sifted flours in two batches. spread mixture into prepared pan, bake in moderate oven about one hour.

lemon glace icingcombined sifted icing sugar (1 cup), melted butter (15g) and sufficient lemon juice (3-4 teaspoon) in a small to form a firm paste. stand bowl in a pan of simmering water, stirring until icing is smooth and glossy; do not overheat. spread icing over cake.

Tuesday, October 26, 2010

popia manis

lemak manis dan berkrim...
sapukan cream cheese yang telah dipukul tadi, letakkan pisang dan nangka, taburkan kelapa yg telah di campur dengan sedikit garam....gulung seperti biasa dan goreng.... krim cheese (1 ketul 250g), mentega (1/4 daripada seketul 250g butter) dan gula castor (ikut selera....jika suka manis letak lebih gula)......pukul hingga kembang seperti diatas...

Monday, October 25, 2010

scones

salam,
tengahari semalam kkida ke one utama dengan hani....mencari baju...lepas shopping kami singgah minum...
 
beli bagels dan coffee....harga bagels diatas lebih rm4 dan set pretzel dibawah lebih rm7...:\

pada kkida mahal harganye....bahannya hanya tepung yang diuli dengan garam, butter, telur dan gula....
kemudian dibakar dan letak topping...tapi dek kerana tak pandai dan m..l..s nak buat sendiri....maka janganlah kita banyak komplen ye....hehe....
 
bawah ni pula kkida nak share scones yang pernah kkida nikmati kat sebuah cafe tepi sungai ketika singgah minum satu ketika dulu...cerita lama ni...lokasinya terletak kat cotswold...uk...
 
sconesnye memang yang paling sedap yang kkida pernah rasa....scones adalah sejenis roti yang dimakan panas-panas...secara tradisinya, ia adalah minuman petang orang british, depa minum dengan teh panas terutama ketika musim winter...

ketika pusing-pusing sekitar cotswold kkida perhatikan kebanyakan mat saleh suka minum petang sambil bersantai di cafe-cafe tepian sungai dan laluan pejalan kaki....(dalam cuaca yang dingin dan nyaman) sambil menikmati hot scones with clotted cream/butter dan teh o panas...
 
since kkida nampak macam sedap aje....teringin juga nak rasa...so kkida pun singgah le kat salah sebuah cafe kat bourton-on-the-water....salah satu kawasan peranginan dalam daerah cotswold...tempat ni memang cantik...

harga set seperti foto kat atas tu ialah 4 pd (cup of tea and 2 scones)...hmmm...nasib kkida singgah...hehe...sconesnye memang sedap sangat....masih panas dan sangat lembut...macam manalah depa buatkan...nak kena gi menuntut nampak gayanya....:)
 
kerana teringin nak makan scones, petang semalam kkida pun ulilah tepung...teringat nak buat scones seperti kat atas tu...:)

namun mana nak dapat texture yang sama hundred percent...itu kepakaran depa...mungkin kena cuba berulang kali...baru boleh dapat hasil terbaik...dan...macam nilah rupa scones kkida semalam...resepinya kkida ikut dari buku australian women weekly...

hmmm...oklah takat nak makan sendiri...:D
 
ini resepinya jika nak cuba...

ingredients
2 cups self-raising flour
2 teaspoons castor sugar
15g butter
1 cup milk, approximately

method
sift flour into bowl, add sugar. rub in butter, stir in enough milk to mix to a soft sticky dough. turn dough onto lightly floured surface, knead lightly until smooth. press dough out to about 2cm thickness, cut into 5cm rounds. place scones in prepared pan. brush scones with a little extra milk. bake at 180C for 15 minutes.
variations: add 1 cup finely chopped dates to flour mixture...
 

Saturday, October 23, 2010

mewahnya mereka....

tatkala saya membelek-belek koleksi foto lama, saya terlihat foto-foto makanan yang mengiurkan ini......jika di negara kita ni mungkin agak susah nak cari food mall yang menjual pelbagai jenis makanan yang dipamer sekemas dan semewah ini yang harganya amat berpatutan seperti Harrods....restoran atau hotel five star mungkin ada....tapi harganya???

foto-foto ni saya 'curi-curi' ambil dengan menggunakan handphone ketika menjengah ke pusat beli belah tersohor di tengah kota London, HARRODS...July lalu....Harrods memang terkenal dan tidak lengkap rasanya kunjungan anda ke kota London jika tidak menjejakkan kaki ke situ....
Harrods terkenal dikalangan kaki shopping untuk membeli-belah barangan berjenama dan juga barangan Harrods....bagi saya pula kemestian menjejakkan kaki ke Harrods jika ke London kerana nak menjengah ke bahagian Food Mallnya....memang seronok tatkala berada di ruang legar food mall tersebut....dengan hiasan dalamannya yang mewah, pilihan makanan yang banyak, di susun dengan rapi dan menarik....memang rambang mata dibuatnya... hingga pelanggan pun tak tahu mana satu nak dipilih, sedap-sedap belaka....

tapi jangan salah faham pula ya....saya tak beli apa-apa pun, cuma suka tengok je...tak dijamin halal makanan di Harrods walau pun ownernya orang Arab....
rambutan dan manggis juga dijual di Harrods....tapi harganya waduh!....tak tertelan dik tekak...mahal sangat weh! hanya orang mengandung anak sulung dan mengidam sangat nak makan buah ni je yang pejamkan mata dan beli buah rambutan dan manggis dari Harrods.....hehe...
seronoknya jika di KL ni ada food mall yang sehebat Harrods...

donut, mac n cheese lagi....

hari ni memang tak masak lunch....makan kat luar je....sekali-sekala mood memang zero....malam nanti baru masak...tu pun tak tau nak masak apa.... rojak kgpa

pagi tadi....buat mac n cheese lagi....sekali ni resepi yang lain pula....lebih cheesy dan lebih creamy....dan pastinya yummy! lepas tu buat donut pula...bukan chinese doughnut tau...ini resepi yang berbeza (sebenarnya saya ni dalam pencarian resepi donut yang tersedap sekali....yang kata orang jika kita makan pasti teringat-ingat siang dan malam)....terjumpa resepi ni dan saya pun cuba....boleh tahan juga sedapnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...