Thursday, September 30, 2010

potato salad

last week ketika makan-makan sempena raya rumah kakanis, kami dijamu dengan berbagai hidangan yang sedap dan salah satu daripadanya yang saya suka ialah potato salad ini. mungkin ramai yang kata "alah, potato salad, senang je nak buat" tapi sebenarnya lain tau rasa potato salad ni. sedap sangat....

untuk potato salad seperti ini, biasanya saya guna russet potatoes, red potatoes atau new potatoes. untuk dressing; miracle whip, mayonnaise, sour cream, evaporated milk, apple cider, ranch dressing, etc. anda boleh tambahkan chopped celery, capsicum, small onion, hard boil egg, mustard, pickle....etc.

simple recipe for potato salad

ingredients
4 large potatoes
2 hard boil eggs, chopped
1 to 1 1/2 cup mayonnaise
1 tsp cider vinegar
1/2 tbsp salt
2 small onions, chopped
parsley, chopped

boil or bake potatoes and cut into chunks. place in bowl. mix mayonnaise, vinegar, salt and pour over potatoes. add onions, eggs and parsley, stir gently.

Monday, September 27, 2010

pucuk ubi petai

salam,
hari ni saya kerumah kawan, aishah untuk lunch sempena hari raya. aishah tinggal di pj. beliau memang pandai masak dan suka menjamu rakan-rakan, itulah sebab saya lihat rezkinya murah kerana dia tidak lokek dan tidak berkira. personalitinya peramah, ceria, sentiasa tersenyum walaupun keletihan dan senang didampingi. saya memang senang berkawan dengan aishah.

hari ni aishah menjamu kami lunch dengan berbagai jenis hidangan, lauk pauk dan kuih muih. antara lauk pauk yang di hidangkan ialah pajeri nenas, sambal ayam, sambal udang dengan petai, sambal belacan, ulaman, ikan masin dan yang paling istimewa ialah sayur pucuk ubi dengan petai. inilah pertama kali saya makan sayur pucuk ubi petai yang diadun begini. pada mulanya saya rasa pelik kerana tak pernah tengok orang masak pucuk ubi macam ni, tapi bila disuap saja kemulut....waduh! syioknya....rasanya cukup beraroma kerana ia dicampur dengan serai, bawang merah, cili api yang dihiris halus, petai rebus, ikan bilis tumbuk dan sedikit santan. kata aishah, pucuk ubi tersebut dihiris halus, kemudian diramas-ramas sehingga lembut dan hancur dan kemudian diperah hingga kering. ia kemudian digaul dengan bahan-bahan tadi, walau bagaimana pun saya tak berapa pasti akan resepinya yang tepat. tak pasti samada kalau saya buat sendiri rasanya sesedap yang asal.

menurut aishah, kakak dia yang tolong buatkan kudapan ini. Insyaallah, nanti saya pasti nak kecek juga resepinya yang asli dan nak eksperimen di dapur saya sendiri. aishah berasal dari negeri sembilan, mungkin ini adalah hidangan tradisi keluarga beliau. foto: aishah (tudung merah dan kak anis, my cousin). cantikkan gambar yang diubah kepada bentuk lukisan seperti foto ini. seronoknya saya kerana terjumpa website tersebut dan pastinya saya nak cuba ubahkan beberapa foto makanan saya yang sedap-sedap itu kepada bentuk lukisan dan Insyaallah akan saya abadikan diblog ini.....:)

Saturday, September 25, 2010

sotong goreng

inilah cara saya masak sotong selain di masak kicap atau kari. sotong menjadi pilihan saya jika jemu makan ayam dan ikan. resepi ni mudah saja dan pasti ramai yang sering masak macam ni. tambahan untuk masakan diatas adalah santan. setelah dicampurkan semua bahan seperti bawang, cili dan seasoning, saya tambahkan sedikit santan supaya ia nampak sedap dan berkuah. amat mudah dan ringkas...

Thursday, September 23, 2010

acar ikan tenggiri

acar ikan tenggiri ni sebenarnya sama seperti masak ikan tenggiri bercuka cuma bezanya, untuk acar ini saya campurkan sedikit santan pekat. saya pernah makan hidangan ini dirumah seorang kawan ketika beliau buat kenduri arwah. daripada rasanya saya tahu lebih kurang akan bahannya.

untuk resepi ini saya gunakan beberapa keping ikan tenggiri. gaul dengan garam dan kunyit dan goreng seperti biasa.

lain-lain bahan terpulang kepada anda. saya guna timun dan carrot sahaja. anda boleh tambahkan kacang panjang, terung, tomato, bawang besar (potong wedges). cili hijau/merah belah dan sebagainya.

tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. tumis dengan sedikit minyak hingga wangi. masukkan beberapa sudu besar santan pekat dan sedikit biji sawi (jika ada/suka). tambah sedikit air jika perlu. biarkan mendidih. masukkan sayuran. biar mendidih sebentar. masukkan sedikit cuka, garam, gula dan perisa. akhir sekali masukkan ikan dan kacau sebentar.

siap dihidang. rasanya mesti sedikit masam, pedas dan lemak.

kuah kacang from penang

last monday ketika jamuan raya kat rumah my cousin sister, kak anisah, saya sempat merasa kuah kacang segera yang kak anis beli dari penang. memang sedap rasanya. hanya bancuh dengan air panas, siap dihidang. ketika nak balik saya sempat mengecek beberapa bungkus kuah kacang segera tersebut dari kak anis.

pagi ni saya teringatkan kuah kacang tersebut dan teringin pulak nak makan pecal/gado-gado.
pasti sedap pecal makan dengan kuah kacang kak anis tu.

selain itu, cucur jagung/udang panas-panas pun sedap di cicah dengan kuah kacang ni.....

thank you kak anis....:)

Tuesday, September 21, 2010

thai green curry

thai green curry paste is surprisingly easy to make, and it's so much healthier & fresher-tasting than the store-bought variety. added to your favorite meats or seafood, noodles, vegetables, tofu, or wheat gluten, this paste will create sumptuous curries or use it to make delicious soups or noodle dishes. cook with the paste right away, or store in the refrigerator for up to 2 weeks and use it as you need it. The paste can also be frozen for future use. Ingredients:
1 stalk lemongrass, minced
1 batang serai, cincang
1-3 green chilies, sliced or thai green chilies or jalapeno
3 biji (lebih) cili padi atau cili jalapeno
1 shallot, sliced
1,2 biji bawang merah kecil, cincang
4-5 cloves garlic
4-5 biji bawang putih, cincang
1 thumb-size piece of galangal or ginger, thinly sliced
lengkuas/halia sebesar ibu jari, cincang
1/2 cup chopped fresh coriander/cilantro leaves & stems
1/2 cawan daun ketumbar (daun dan batang)
1/2 cup fresh basil
1/2 cawan daun basil/kemangi
1/2 tsp ground cumin
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 tsp ground white pepper
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 tsp ground coriander
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 tbsp fish sauce
3 sudu besar sos ikan
1 tsp shrimp paste
1 sudu kecil serbuk belacan
2 tbsp lime juice
2 sudu besar jus limau nipis
1 tsp brown sugar
1 sudu kecil gula perang/merah
3-4 tbsp coconut milk (enough to blend ingredients together)
3-4 sudu besar santan

Directions:
1) place all ingredients in a food processor, chopper, or blender.
2) process well to form a fragrant thai green curry paste. taste-test it for salt and spice. if too salty, add a squeeze of fresh lime or lemon juice. add more chili for more heat.

your curry paste is now ready to be used. you can bottle up any leftovers and keep it in the refrigerator for up to 1 week. freeze thereafter.

cara membuatnya:
kisar semua bahan diatas sehingga lumat (menjadi paste)

panaskan minyak dan tumis bahan kisar ini seperti kita menumis rempah kari ikan/ayam. masukkan ayam/daging/makanan laut/sayuran. tambahkan santan pekat dan stok/air. tambahkan garam, air lemon/limau nipis, gula merah, cili padi/sos ikan untuk menambahkan perisa mengikut selera anda. jika suka anda boleh ketuk sebatang serai dan masukkan beberapa helai daun limau ke dalam kari tersebut.

anda boleh makan gulai kari hijau ini dengan nasi atau laksa atau meehoon.

-------------------------------------------------

sejak makan thai green laksa di good evening bangkok, saya memendam hajat untuk membuat kuah laksa tu sendiri. hari ni saya terpanggil untuk menjengah resepi-resepi yang available di internet dan terjumpa resepi diatas. sangatlah mudah dan bahannya pun tak susah nak cari. jadi pagi tadi saya terus ke cold storage dan beli semua bahan yang diperlukan. balik rumah dan terus buat. hasilnya.....hmmm....sangatlah sedap (anak saya hani kata "mama, rasanya lebih sedap dari good evening bangkok")....kalau anda ragu-ragu cubalah sendiri. tapi adjust ingredientnya sana-sini...ikut rasa lidah masing-masing....


To Make a Thai Green Curry with this Paste:


1) heat a wok or large frying pan or pot over medium-high heat. add 2-3 tbsp oil and swirl around, then add the green curry paste. stir-fry until fragrant (1 minute), then add 1 cup stock plus your curry ingredients (meat, seafood, or tofu/wheat gluten + vegetables). simmer until ingredients are cooked, gradually adding 1/2 to 1 can coconut milk until you're happy with the taste/thickness/amount of sauce. 2) as you're cooking, you can also add 2-3 kaffir lime leaves (left whole) as well as any leftover lemongrass stalk pieces for even more flavor.

3) when your curry is done, always perform a taste-taste for salt and spice. add more fish or soy sauce if not salty enough, or some fresh-cut thai red chilies if not spicy enough or add some dried crushed chili. if too spicy, add more coconut milk. if too salty or sweet, add a squeeze of lime juice. if too sour for your taste, add a touch more sugar. finish your curry by sprinkling over generous amounts of fresh basil.

4) this paste is also excellent added to noodles, soups, or used as a marinade for fish, shellfish, chicken. for beef, it best to make it into a curry (as noted above), slicing the meat very thinly and adding vegetables like eggplant and chopped tomatoes.

fresh herbs

fresh herbs....basil and rosemary.....beli ketika shopping di cold storage...love the smell

Sunday, September 19, 2010

lamington

A Lamington is a sponge cake in the shape of a cuboid, coated in a layer of traditionally chocolate icing then desiccated coconut. Lamingtons are sometimes served as two halves with a layer of cream and/or strawberry jam between, and are commonly found in Australasian outlets such as cafes, lunch bars, bakeries, and supermarkets. The raspberry variety is more common in New Zealand, while a lemon variety has been encountered in Australia.

The Lamington is named after Lord Lamington, who served as Governor of Queensland from 1896 to 1901. According to legend, Lamingtons were first served in Toowoomba when Lord Lamington took his entourage to Harlaxton House to escape the steamy heat of Brisbane. The Lamingtons' chef at Queensland's Government House, Armand Gallad, was called upon at short notice to provide something to feed unexpected guests. According to the Melbourne Age newspaper, Gallad cut up some left over French vanilla sponge cake baked the day before, dipped the slices in chocolate and set them in coconut (an ingredient not widely used in European cooking at that time). Lady Lamington's guests then asked for the recipe. lama juga saya perhatikan resepi ni, bertahun-tahun lamanya....(semenjak beli buku resepi ni lah)...tetapi baru semalam termampu saya membuatnya....hehe....bukannya apa, cuba tengok macam mana rupanya kek tu....pasti ambik masa nak buatkan dan kalau mood tu separuh-separuh je, jangan buat...takut nanti siap separuh jalan je....

sebaiknya sejukkan kek tersebut dalam peti sejuk hingga keras (separuh beku), barulah dipotong kiub, celup dalam icing atau sirap dan coat dengan kelapa. barulah cantik dan betul-betul segi empat. oleh kerana saya malas nak menunggu dan tak sabar, maka saya terus buat selepas sejam dikeluarkan dari oven. itulah sebab rupanya sumbing sana-sini. tak mengapa, janji sedap di makan....

Honey Lamington

ingredients

125g dark chocolate, chopped
2/3 cup honey
185g butter
1/3 cup castor sugar
2 eggs
1 3/4 plain flour
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
1/2 cup water
2 cups coconut

honey syrup
1/2 cup honey
1 1/2 cup sugar
1 cup water

method
grease 23cm square slab pan, line with paper and grease paper. melt chocolate in a bowl over hot water, stir in honey.
cream butter and sugar until light and fluffy. beat in eggs one at a time, beat until combined. stir in chocolate mixture, then half the sifted flour and soda with half the water, then remaining flour and water. spread into prepared pan. bake at 180C for 30 minutes. stand 5 minutes or keep in the fridge (if your like). trim crusts from cold cake, cut into small squares. toss each square in honey syrup. toss in coconut. allow to set.

syrup
combine all ingredients. simmer uncovered until syrup slightly thickened...cool....

Friday, September 17, 2010

cucur badak

since ada ubi keledek beli kat tesco tadi, saya pun buatlah cucur badak....lama dah tak makan cobadak....alah buat menang makannya....cucur badak....tak tau macam mana boleh lekat nama ni ke kueh yang tiada kena mengena dengan haiwan yang bernama badak nih...:) goreng cucur badak dalam minyak banyak (deep fry) dan api sederhana.
doh ubi keledek yang telah di masukkan inti. simpan sebentar dalam peti sejuk sebelum digoreng.
inti cucur badak...tumbuk/kisar beberapa ulas bawang merah, serai, udang kering dan jintan manis/kasar hingga lumat. panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan beberapa sudu cili blender. apabila telah wangi, masukkan kelapa, garam, gula dan serbuk kunyit. kacau sehingga kering. sejukkan. jika suka anda juga boleh masukkan udang hidup kecil semasa menumis tadi.
ubi keledek yang telah direbus, di sejukkan dan dilenyek hingga halus. campurkan sedikit tepung gandum dan garam dan uli sehingga menjadi doh. simpan dalam peti sejuk setengah jam supaya mudah dibentuk kemudian... my recipe in english...

Coconut filling
3 cups grated coconut
1 cup small shrimp
3 - 5 tablespoons chili paste
1 teaspoon turmeric powder
1 cup water
3 tablespoon sugar
salt to taste
3 tablspoon oil

Pounded ingredients
3 tablespoon dried shrimp
5 tablespoon sliced lemongrass
1 teaspoon fennel seeds
5 shallot

Heat oil, add pounded ingredients, chilie paste and stir until fragrant. Add shrimp and water and stir for 5 minutes then add coconut. Stir for another 10 to 15 minutes. Add sugar and salt. Stir until the mixture dry, about 10 minutes. Remove from heat.

Sweet potato dough
3 cups mashed sweet potato (keledek)
1 cup plain flour
(add little salt when you boil the potato)

Add both ingredients and knead well. If the dough too soft add more flour. Divide the dough into a small ball (about the size of a golf ball). Using your palm and finger, flatten the dough until about 1/4 inch thickness. Fill the dough with 1 tablespoon of the coconut filling and then joint together the edge to enclose the filling. Roll them gently to smoothen and press lightly to flatten a bit.

To cook - deep fry the fritters in hot oil till golden brown. Serve hot for breakfast or evening tea.

kurma daging

lunch tengahari semalam saya buat kurma daging. terasa jemu dah makan curry. resepi kurma daging saya adalah sama seperti resepi kurma ayam yang pernah saya poskan kesini. caranya sama, cuma mungkin daging lebih lama perlukan masa untuk empuk.
yang ni pula lauk sampingannya....sambal belacan, terung rebus dan telur masin
sambal sotong di campur dengan ready mix kuah kacang.
petang pula saya ada tamu datang beraya, Najat and her family. seperti biasa saya buatlah juadah yang biasa-biasa je....roti jala, kari ayam dan meehoon goreng. since suami najat, Arshad puasa, so malam kami makan dinner apa yang ada. sorry ye Najat, nothing special masa dinner semalam...

Thursday, September 16, 2010

stir fried spaghetti

suasana raya masih ada, oleh itu saya sentiasa menyimpan stok makanan dalam peti sejuk. meehoon, ayam, daging, udang, meatball, nasi impit, beras pulut, beras beriani, spaghetti, sos spaghetti dan sebagainya.

pagi ni, kerana ada lebihan spaghetti yang telah siap direbus dalam peti sejuk dan meatball yang sentiasa ada dalam freezer, maka saya goreng spaghetti dicampur dengan meatball dan mix vege sebagai sarapan untuk anak-anak.

caranya sama seperti goreng mee, tumis bawang putih dan bawang besar cincang dan cili blender, masukkan meatbal dan masak beberapa minit. campurkan sos tomato/sos pasta dan sos cili, spaghetti, mix vege dan seasoning...

Sunday, September 12, 2010

moist chocolate carrot cake

very moist (lembab) carrot cake....delicious and something different compare to ordinary carrot cake. got this recipe from AWW.

Ingredients
185g butter
2 tsp grated orange rind
3/4 cup castor sugar
2 eggs
1 tablespoon golden syrup
1 1/2 cups coarsely grated carrot
1 1/2 cups self-raising flour
1/2 tsp bicarbonate of soda
1/4 cup cocoa
3/4 cup milk

1) heat oven to 180C.
2) cream butter, rind and sugar in small bowl with electric mixer only until combined. beat in eggs and golden syrup. stir in carrot, sifted flour, soda, cocoa and milk in 2 batches.
3) pour mixture into prepared pan. bake in moderate oven for about 50 minutes or until firm.
4) spread cold cake with frosting.

cream cheese frosting
125g cream cheese
1 tsp grated orange rind
3 cups icing sugar

beat cream cheese, butter and orange rind until light and fluffy. gradually beat in sifted icing sugar until combined.

Wednesday, September 8, 2010

rendang daging

bahan-bahan
600g daging batang pinang
1 1/2 biji kelapa, ambil 1 cawan pati santan dan 1 cawan santan cair
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, di mayang
1/2 cawan kerisik

bahan giling
20 biji cili kering
5 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
2.5cm halia
2.5c kunyit hidup
2.5cm lengkuas

cara membuatnya
masukkan daging, bahan giling dan santan cair dalam kuali. masak hingga daging empuk.
apabila daging telah empuk masukkan santan pekat, serai, kerisik, perisa dan daun kunyit.
masak hingga pekat dan kering.



sour cream prune cake

kek ini saya buat untuk disiarkan dalam majalah jelita july 2002.

Ingredients
60g unsalted butter
60g cream cheese, softened
2/3 cup caster sugar
1 egg, lightly beaten
2 tsp finely grated lemon rind
1/3 sour cream
1/2 cup chopped prunes
1 1/3 cups self-raising flour

preheat oven to moderate 180C.
brush a deep 20cm baba tin with melted butter or oil.
using electric beaters, beat butter, cheese and sugar until light and creamy.
add the egg gradually, beating thoroughly after each addition. add the rind and the sour cream; beat until just conbined. add prunes.
add flour. stir until mixture almost smooth.
pour mixture evenly into prepared tin; smooth surface. bake 35 minutes or until skewer comes out clean when inserted in centre of cake. leave cake to cool.

Tuesday, September 7, 2010

biskut raya

salam,
kkida ni walaupun suka masak tapi bila tiba bab biskut raya ni...kkida ngaku kkida memang kurang rajin nak menggentel biskut tu sebiji-sebiji....dan duduk depan oven berjam-jam...tambah pula dalam keadaan berpuasa dan perut pula tengah berdendang sayang...hehe...

kkida lebih suka baking kek, muffin, cupcake dan sebagainya....dan kkida bakar kek sehari sebelum raya (whole day).....berbalik kepada cerita biskut tadi...oleh kerana tak sediakan biskut sendiri, maka alternatifnya ialah biskut tunjuk (biskut raya mesti ada...walaupun biskut tunjuk....:)

kesemua biskut-biskut ni kkida beli dari penjual yang sama setiap tahun sebab kkida tahu quality biskut mereka...rasanya sedap-sedap belaka dan harganya juga hmmm.....bolehlah tahan juga...:)...takpa ini rezki tamu dan mereka datang membawa rezki!

Monday, September 6, 2010

banana chip cookies

recipe from AWW biscuits and slices

Ingredients
125g butter
1 tsp vanilla essence
1/2 cup castor sugar
1 egg
1 1/3 cups self-raising flour
1/2 cup banana chips, chopped
1/2 cup chopped pecans or walnuts
1/2 cup banana chips,extra

beat butter, essence, sugar and egg in a bowl until just combined. stir in sifted flour, chopped banana chips and nuts.
shape 2 level teaspoons of mixture into a ball, place on greased oven tray, top with and extra banana chip. repeat with remaining mixture and banana chips, leaving about 5cm between cookies. bake in moderately hot oven for about 12 minutes or until lightly browned. cool cookies on trays.

Sunday, September 5, 2010

nor choc chip

tasted my sister's chocolate chip cookies and it taste so good....simple and delicious.

ingredients
1 cup butter
1 1/2 cup castor sugar
2 eggs
vanilla essence
2 1/2 cups self-raising flour
1/2 cup koko powder
chocolate chip bits
almond slice

beat butter and sugar until fluffy, add eggs, vanilla and flour, follow with chocholate chip and almond. spoon on baking sheet and bake at 180C for 15-20 minutes.

Friday, September 3, 2010

kasturi

selain bubur kacang hijau, cucur kacang hijau atau kueh kasturi memang kueh kegemaran saya. sejak kecil lagi mak saya juga suka buat kueh ini. mungkin kerana kacang hijau murah dan buatnya pun senang.

cara saya buat kueh kasturi sama seperti buat bubur kacang hijau, cuma bezanya tiada santan digunakan, sebaliknya saya masukkan beberapa sudu kelapa parut dan sedikit tepung kedalam kacang hijau yang telah empuk direbus. semasa merebus kacang hijau, tambahkan gula dan sedikit garam. rebus sehingga airnya kering. sejukkan sebentar sebelum masukkan kelapa parut dan tepung. uli/gaul rata. tekankan kedalam acuan kek brownie dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam.

goreng: bancuh tepung beras dan tepung gandum dengan sedikit air (seperti menggoreng pisang). keluarkan kacang dari peti sejuk dan potong mengikut ukuran yang anda suka. celup dalam tepung dan goreng dalam minyak (banyak) sehingga masak. hidang panas.

spaghetti with meat ball

since dah lama tak buat spaghetti dan mengenangkan anak-anak suka makan mee orang itali ni, saya pun buatlah spaghetti, tapi menggunakan meatball, bukan mince beef macam selalu. untuk resepi sos spaghetti diatas saya menggunakan ready made spaghetti sauce dalam botol, 1 tin tomato puri dan tomato cincang dalam tin.

tumiskan sedikit bawang putih cincang dalam minyak/butter sehingga wangi. masukkan beberapa sudu cili blender (jika suka, anak-anak saya suka sosnya sedikit pedas). masukkan meatball dan kacau beberapa minit. masukkan sos spaghetti, can tomato dan tomato puri. tambahkan air jika perlu. biarkan sos mendidih sambil dikacau. tambahkah garam, gula, lada putih dan perisa. jika suka boleh masukkan bawang besar cincang, button mushroom, zucchini, carrot dan sebagainya (semua dicincang kecil). akhir sekali masukkan sedikit dry herbs jika suka.

ketika hidang, taburkan parmesan cheese.

Thursday, September 2, 2010

puding jelly jagung

jelly atau puding jagung saya senang je.....sama seperti resepi puding ais-krim yang pernah saya poskan kesini dulu. tapi kali ini saya menggunakan 1/2 liter aiskrim jagung (tujuan sebenar mencari ais-krim perisa mangga, tapi tak jumpa. jadi saya grab jelah aiskrim jangung ni. sama jugalahkan, janji ada pencuci mulut....hehe....)

Caranya: masak agar-agar dengan 1 liter air (campuran air dan sirap dari buah dalam tin yang anda gunakan). dalam resepi ini saya menggunakan nata de coco perisa mangga. sirapnya saya campurkan kedalam air rebusan jelly. masak sehingga jelly benar-benar cair. angkat dari api dan masukkan 1/2 liter ais-krim perisa jagung atau mangga atau apa jua perisa yang anda suka. kacau sehingga ais-krim cair dan sebati dengan jelly. tuangkan jelly kedalam acuan kegemaran anda. sejukkan.

sambal udang

sedapnya.....idea untuk raya nanti....sambal udang makan dengan kuah lodeh atau nasi beriani....
kalau nak campur petai pun boleh....tapi lebih sesuai jika dimakan dengan nasi putih sahaja.

Wednesday, September 1, 2010

ayam negro

masa saya mention nama masakan ni di facebook, ada macam-macam pendapat dan komen yang membuatkan saya senyum sorang-sorang...ada yang kata ayam hangus, ayam hitam, ayam yang rupanya macam orang negro dan sebagainya...tapi, sememangnya hidangan ni nampak tak cantik sebab terlalu hitam macam ayam hangus? but don't judge the book by it's cover....jangan sebab seseorang itu hitam kita kata dia tak baik, jahat, bodoh dan sebagainya....begitu juga dengan resepi ini...

saya dapat resepi ni dari seorang saudara hubby....kami pergi beraya, dan secara kebetulan dia masak ayam negro....saya pun terkedu juga tengok ayam yang dihidangkan, mak ai kenapa gelap sangat.....tapi bila masuk kemulut....wah! sedapppnya....habis kami anak beranak makan ayam yang dihidangkan dengan ketupat pulut dan nasi impit....terukkan....

nak tau tak apa rahsia yang menyebabkan hidangan ini sedap...

resepi ni hanya menggunakan bawang merah dan bawang besar yang digoreng terlebih dahulu. macam kita buat bawang goreng tu. untuk seekor ayam saya guna 15 biji bawang merah kecil dan 1 biji bawang besar. cincang bawang dan goreng kekuningan, jangan hangus. biarkan sejuk sebentar kemudian blender bawang goreng tadi dengan sikit air. ayam potong kecil dan gaulkan hanya dengan garam sahaja. goreng sehingga 3/4 masak. ketepikan...

panaskan sikit minyak dalam kuali dan masukkan 3 sudu besar cili blender (optional) dan kacau wangi. masukkan bawang goreng blender tadi kedalam kuali dan tambahkan beberapa sudu air kacau sebentar. masukkan ayam tadi dan campurkan kicap manis dan kicap masin sahaja (banyak). kacau lama sehingga ayam benar-benar mesra dengan kuah sosnya.

ayam ni rasanya mesti manis dan sedikit pedas ya...kalau tak cukup masin dan manisnya, tambahlah garam dengan gula sikit. ayam ni menjadi sedap kerana aroma dari bawang yang telah digoreng terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...