Sunday, December 5, 2010

sayur lemak putih kulat sisir

cendawan ni mak saudara bawa dari kampung....my hubby cakap, buat hanya lemak cendawan sahaja, tak perlu campur benda lain seperti lambuk atau buncis selain udang hidup....oklah...dan tadi saya pun buat...

basuh bersih cendawan kemudian rebus dengan bawang kecil potong, serai ketuk, cili padi tumbuk, daun kunyit dan udang (buang kulit) hingga lembut. masukkan santan pekat...oleh kerana buah asam belimbing belakang rumah saya sedang galak berbuah, maka saya pun campurkan dalam lemak cendawan i/o asam keping...tambah garam dan perisa....jadilah sayur lemak putih cendawan sisir...:)

4 comments:

  1. salam k.Ida,

    Sedapnya masakan ni..kalau saya biasanya panggil kulat sisir..teringat mak saya selalu masak telur dadar dengan kulat sisir ni..campurkan dengan bawang dan cili api tumbuk..sedap =)

    ReplyDelete
  2. mana ada cendawan sisir..cendawan sisior

    ReplyDelete
  3. salam Nana...kulat sisir dan cendawan sisir samalah tu....tapi resepi kulat campur dengan telur dadar tu sedap ke? boleh juga nak cuba nanti...

    NBK....betul tu cendawan sisior...slang orang perak...:)

    ReplyDelete
  4. Salam kak ida..aduhh sedapnya, masa saya kecik dulu, kami pi kutip cendawan ni, masa tu byk ladang getah, jadi tu yg mudah nak dapat.. Masak dengan pisang muda pun sedap kan..hmmm...

    ReplyDelete