Monday, November 8, 2010

urap

urap ni sebenarnya bahasa Indonesia...maknanya mungkin kerabu. urap saya ni simple je....saya guna daun ulam raja dan daun pegaga (kuantiti terpulang), cincang halus. kemudian buatkan sambal kelapa....saya pernah beri resepi sambal kelapa sebelum ini...

resepinya:
cili padi 10 biji
3 biji cili merah, buang biji
bawang merah 3 biji
udang kering 1/2 cawan, direndam
kelapa parut, banyak
garam, perisa dan gula
air asam limau

tumbuk cili padi, cili merah, bawang merah, garam, gula, perisa hingga lumat. masukkan udang kering dan tumbuk lumat. masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga sebati. masukkan air asam limau sedikit supaya masam.
gaul sambal kelapa dengan ulaman yang telah di cincang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...