Wednesday, November 3, 2010

tumis labu air, carrot dan tahu lembut

panjang pula nama hidangan ni...last monday saya ada beli tahu lembut dari Tesco. tahu tu dipackkan cantik dan terendam dalam air...memang cantik dan lembut sangat...teringat saya pernah makan sayur campur tahu lembut macam ni dan teringin nak masak camtu....

saya pun mencari apa yang ada dalam peti sejuk untuk dikawankan dengan tahu lembut ni...terjumpa labu air, carrot dan celery...oklah tu...maka jadilah juadah seperti dalam gambar ni...

sebenarnya tahu lembut ni sedap juga digoreng dengan tepung dan di cicah dengan sos...nantilah saya buat dan poskan ke blog ni ya...

untuk resepi ni, saya guna bawang besar, bawang putih, cili merah (slice)...udang kering. tumis semua bahan hingga wangi dan masukkan labu air dan carrot...kacau 3 minit. kemudian masukkan celery dan kacau lagi. masukkan garam dan perisa. masukkan tahu lembut. kacau sebentar dan sebelum diangkat masukkan campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah...hidang panas.

No comments:

Post a Comment