Monday, November 1, 2010

sup burung unta

petang semalam selepas mak dan adik saya bertolak pulang ke Kuantan...saya, hubby, man dan mam ke Sungkai....meninjau sebidang tanah dusun buah-buahan.....kami berangan nak 'cari' dusun buah....bukannya apa...seronok jugakan kalau kita ada dusun buah sendiri, bila musim buah, bolehlah pergi ke dusun sendiri....kutip buah durian, langsat, rambutan dan manggis...bina dangau atau small chalet....sekali-sekala bila cuti hujung minggu, boleh gi relex kat dusun buah....tambahan pula jika ada sungai berbatu dalam kawasan dusun kita tu....uh! alangkah seronoknya....tapi itu hanyalah angan-angan saya....hehe... pulang dari tengok tanah, kami singgah minum disebuah warung tepi jalan....makan mee rebus, pasembur dan laksa....kalau tanya kat saya sedap ke mee rebus yang kami makan tu....saya hanya boleh kata, oklah....standard orang Sungkai....dan padan dengan harganya....

selepas minum adik sepupu suami, jefri (yang menunjukkan tanah kebun buah tersebut) terkenangkan sup daging burung unta yang sering dia makan disebuah kedai di pekan Sungkai. katanya kalau nak beli daging burung unta yang fresh pun ada.....saya kata naklah....sebab tak pernah makan daging burung tersebut....

tanpa kami mengikutinya, jefri ke tempat jualan daging burung tersebut....harganya RM45/kilo untuk daging dan RM28/kilo untuk tulang....fuh! mahenya....btw saya beli juga 2 kilo daging dan 1 kilo tulang. hari ni saya buat sup burung unta untuk lunch tengahari tadi. daging burung unta lebih mirip kepada daging lembu, tanpa lemak. memang ia sangat baik untuk mereka yang mengambil berat tentang kesihatan, cuma harganya???

No comments:

Post a Comment