Thursday, November 4, 2010

semperit wangi

biskut lama...tapi masih di gemari hingga kini...ada macam-macam semperit, tapi semperit ini (photo) sangat sedap...tukang buatnya bukanlah orang lain. ibu saudara saya, auntie fauziah atau Iti memang pandai masak dan pernah menjadi guru masak di sebuah sekolah latihan wanita di Ipoh...sekarang beliau telah terlalu uzur, tapi masih larat masuk ke dapor dan masak apa yang termampu.

biskut semperit ni sebenarnya Iti buat untuk kak anis (kakak sepupu) yang telah pun bertolak ke tanah suci sabtu lalu. ketika ziarah kak anis kali terakhir malam sabtu lalu sebelum beliau bertolak ke Makkah, kak anis hidangkan biskut ini. bila masuk saja kemulut, terbau aroma yang sangat wangi. biskut ini juga rangup dan halus, "sedapnya kak ani biskut ni, beli kat mana?" ...kak anis jawab "Iti yang buat suruh kak ani bawa gi Makkah"...

bukanlah kerana Iti mak saudara saya, maka saya nak puji lebih-lebih...tetapi biskut semperit ni memang sedap dan apa yang dapat saya simpulkan, Iti menggunakan lebih tepung jagung kerana ia ringan dan aromanya yang sangat wangi, kemungkinan Iti campurkan sedikit esen ros selain vanilla kedalam adunan biskut tersebut.

saya bukanlah penggemar kepada biskut dan cookies, apatah lagi membuatnya...jika tidak pasti saya akan pergi menuntut dengan Iti dan mencedok sebanyak mana ilmu membuat biskut yang beliau ada...

4 comments:

  1. Yang dalam gambar tu Mak Iti ker atau Kak Anis ... konpius. Tapi tangan orang orang tu ni kalau buat apa pun sedap jer jadi nya :D

    ReplyDelete
  2. yang dalam photo to mak Iti...dia memang pandai masak...seingat kakida, sejak dulu jika kerumah mak Iti, beliau mesti masak yang sedap2...till nowlah dia dah sangat uzur...

    ReplyDelete
  3. akak bleh dapatkan x resepi tu?
    nampak sedap la..
    susah tau zaman skang nak carik samprit sedap

    ReplyDelete
  4. lan liza, rasanya payah sikit nak dapatkan resepi ni kerana mak iti ni tinggal di Ipoh. Insyaallahlah kalau ziarah dia saya cuba kecek resepinya ya...

    ReplyDelete