Tuesday, November 16, 2010

rendang udang

tengahari ni anak dara saya, eka teringin nak makan rendang udang. ini adalah pengaruh dari rancangan masak chef wan. i.e. best wan....tapi udang yang ada hanya udang sederhana, tiada udang besar di Tesco kerana tiba lewat tadi....jadilah saya kata....next time kita beli giant prawn pula...rendang udang ni opah yang buat instead of eka yang mula-mula beria nak buat....hehe....

resepi rendang udang ni sama macam resepi rendang ayam, cuma serainya dihiris dan tidak di blender sekali dengan bawang....bahan-bahan yang digunakan ialah 4 sudu besar bawang besar dan cili kering kisar, 1 sudu besar bawang putih kisar, 2 sudu besar halia dan lengkuas kisar, santan, daun kunyit dan kerisik dan asam keping...masak bahan blender hingga kering air, masukkan santan, garam dan gula...akhir sekali baru masukkan udang, asam keping dan daun kunyit dan kerisik...masak sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment