Saturday, November 27, 2010

rendang besar gulai kawah

setiap kali ada kenduri-kendara saudara mara di kampung terutama saudara-mara sebelah suami saya pasti tidak menolak untuk ikut sama...terasa pula rugi kalau tak ikut...berbanding kenduri-kendara di KL ni...

Mengapa kebanyakan khidmat catering di KL ni hanya tahu masak hidangan yang standard sahaja...i.e. rendang daging, ayam masak merah, dalca dan acar...kenapa tidak pelbagaikan cara masakan mereka...mungkin mereka nak senang cerita...janji tetamu datang ada makanan...atau mungkin itu saja yang termampu di hidangkan oleh tuan rumah....tapi tak juga...sesetengah kenduri kahwin yang pernah saya hadiri (KL)....tuan rumahnya orang berada....hiasan kemah dan pelaminnya sahaja menelan belanja ribuan ringgit...berbanding kenduri orang kampung yang sangat ala kadar.....

jika orang kampung kenduri, niat mereka memang nak menjamu tetamu dengan sepenuh hati dan bukan setakat asal ada...memang itulah yang saya perhatikan sejak dulu lagi...walaupun ekonomi mereka tidaklah sekukuh ekonomi orang bandar yang berduit, tapi mereka memang sangat ikhlas bila tiba bab memberi tamu makan, terutama makan kenduri kahwin....yelah mungkin itulah majlis makan-makan besar yang mampu mereka adakan berbanding orang pekan yang saban waktu mengadakan kenduri dan majlis makan-makan...oleh itu sebolehnya mereka ingin hidangkan juadah yang sedap yang mampu membuatkan tetamu yang hadir makan sehingga menjilat jari...

memang betul...saya memang jarang tambah jika makan kenduri lauk standard di KL ni...tapi kalau kenduri orang kampung...hmm...rugi rasanya kalau tak makan puas-puas...

lagi pun kenduri-kendara di kampung masih lagi secara gotong-royong...seluruh kaum keluarga, saudara mara turun untuk membantu...dari mula menyembelih kerbau atau lembu sehinggalah kepada mencuci periok belanga dan menyimpan pinggan-mangkuk.....ketika kenduri nilah mereka berimaginasi dan mereka-reka nak masak hidangan yang exotic yang hanya layak di masak dan di hidangkan ketika kenduri kendara dan sebagainya...

oleh kerana saya dan hubby orang perak dan mertua orang penang...hidangan yang berunsurkan kari memang diutamakan...rempah kari mereka bukan rempah paket seperti yang biasa digunakan oleh pengusaha catering...mereka proses rempah sendiri...dan hasilnya sangatlah ump!

photo-photo kenduri dirumah bapa saudara hubby tadi mampu menceritakan kepada anda apa yang saya maksudkan...

sayur lemak umbut nyioq (kelapa)...sangat jarang dapat makan gulai macam ni...kecuali ketika kenduri...
 
rendang besar...rempahnya di impot dari utara...
 
gulai kerbau...


gulai perut kerbau...


umbut kelapa di buat masak lemak manis....sedapnya...
 
penyedap hidangan....ikan masin...
  maklang mah, mak saudara hubby yang di bawa khas oleh abangnya untuk masak rendang dan gulai kerbau....sehebat mana pun chef-chef yang punya nama dan terkenal diseluruh dunia dengan masakan mereka, mereka masih belum boleh menandingi masakan orang-orang seperti ini....jika boleh saya pun nak berguru dengan maklang....

esok saya ada tiga jemputan kenduri yang mesti di hadiri....tapi semuanya di sekitar kuala lumpur....dan saya dapat bayangkan apa jenis lauk-pauk yang akan di hidangkan...hehe....
tak mengapa...saya memenuhi jemputan kawan....rezeki jangan ditolak...tak baik...

7 comments:

  1. Salam...
    hehhehe....bila masak sendiri mmg best tapi skrg ni susah gak nak cari...nmpknya keluarga puan bertambah sebab ada maklang tu....dia la chef yg memastikan segala2nya sempurna....

    ReplyDelete
  2. salam azli, maklang ni tinggal di kedah...bukan dengan saya...saya makan kenduri ni di maran, pahang...dan maklang ke maran untuk tolong masak kenduri anak adik dia...

    ReplyDelete
  3. Gulai umbut kelapa ni macam wajib masa nor kat felda bukit mendi. Sebab budget tight usually depa buat kari daging, ayam masak merah, gulai umbut masak lemak, ikan masin, sambal belacan...makan nasi putih...murah dari nasi minyak..one thing for sure....SEDAP WEHHH

    ReplyDelete
  4. memang betul..kt kg saya jg mcm tu..gotongroyong masih diamalkan masa nk buat kenduri kawin..yg best tu rendang besar mesti ada..ada yg pakar membuatnya..

    ReplyDelete
  5. Dr N...susah nak dapat makan umbut kelapa ni, kena tebang sebatang pokok hanya nak dapatkan umbutnya tu...mana nak dapat kat KL ni...kalau nak merasa makan macam ni kenalah rajin hadirkan diri ke kenduri sedara mara dikampung walaupun jauh...

    Kak Kay...dikampung-kampung kalau kenduri guna khidmat catering marah saudara mara...pada mereka membazir dan tak happening...mereka lebih suka berkumpul dan masak sama-sama...lebih sedap...

    ReplyDelete
  6. memang betul, dikampung dan diFelda masih mengutamakan gotong royong... masak sama2 atau klu tidak pun upah tukang masak tapi bahan2 still disediakan secara gotong royong.

    satu perkara lagi dibandar kalau ada jemputan yg tempah meja dan kena confirm kehadiran... Confirm saya tak datang .. bukan apa rasa tuan rumah mcm tak ikhlas... mereka mengharapkan sumbangan dari kita sebenarnya.. almaklumlah mcm saya anak ramai..klu pergi sure penuh satu meja dgn keluarga saya aje..pass tu klu menyumbang kurang RM50 pasti kena kutuk. Kisah nie pernah terjadi kepada kawan saya yg buat majlis kawin kat dewan dan dia sendiri mengharapkan tetamu akan memberi sumbangan sekurang2 RM 50.. Mcm tak ikhlas lepas tu door giftnya hanya sebiji cokelat.. kalau kita dikampung selagi tak penuh satu paper bag bukan door gift lah namanya.... eh terpanjanglah pulak...

    ReplyDelete
  7. salam aspa

    kalau kenduri kat hotel mungkinlah kena confirm kehadiran, tapi kalau setakat kat dewan orang ramai taklah kot...

    wbp, saya masih suka kenduri kahwin secara tradisional (jika ada orang tolong dari A to Z). lebih meriah dan lebih menjimatkan dan pasti lauk pauknya lebih variety kan...

    ReplyDelete