Thursday, November 25, 2010

pizza lagi....

mesti ada yang kata...asyik pizza je dia ni...dah macam orang itali pula...semalam lasagna hari ni pizza...

yelah, memang betul...anak-anak saya ni macam dilahirkan di itali pulak...kejap, spaghetti, lepas tu lasagna, hari ni pizza...sikit lagi beraboklah depa cakap bahasa italia...hehe...

kalau dulu-dulu masa kecik, saya hanya biasa makan lempeng kelapa, lempeng pisang, pastu cucur bawang, cokodok pisang, lepat pisang...memang tak pernah langsung merasa makanan orang putih ni...tapi zaman anak-anak kita ni dah jauh berbeza...lagi pun dah saya sendiri pun tak rajin nak buat kueh-mueh traditional kita, maka tak boleh nak salahkan anak-anakkan....

hari ni saya buat pizza untuk kesekian kalinya...resepi rotinya memanglah lain...setiap kali buat roti pizza basenya memang berlainan...saya sentiasa ingin mencuba resepi roti pizza berbeza, nak tengok mana yang best...

resepi roti kali ni saya menggunakan bread flour pula...1 kotak bread flour tu ada dua bungkus tepung yang dibungkus berasingan...jadi saya buat sebungkus dulu. lain-lain bahan ialah sebungkus ragi segera, 1 sdt gula, 1sdt garam, 2 sdb olive oil dan lebih kurang 1 cawan air suam. caranya: letakkan tepung dalam mangkuk. campurkan garam, gula dan olive oil kedalam air suam, lubangkan bahagian tengah tepung dan letakkan ragi. tuangkan campuran air suam tadi dan gaul rata. uli sebentar. letakkan doh pizza kedalam bekas yang telah di oles dengan minyak dan tutup dengan kitchen towel. biarkan doh setengah jam. tumbuk bahagian tengah doh dan uli sikit lagi. bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan tekan sehingga nipis. sapukan sos dan letakkan bahan-bahan yang anda suka. bakar sehingga kekuningan...

No comments:

Post a Comment