Monday, November 8, 2010

macaroni, grill chicken dan coleslaw

bagaimana saya nak mulakan cerita hari ni ya...?

ok, dua hari sudah zul ajwad (my first son) tanya saya...."mama, boleh tolong buatkan macaroni atau spaghetti tak untuk awad, nak bawa gi sekolah, kita orang ada class party", saya tanya "nak banyak mana?" dia jawab untuk 30 orang (Ajwad sekarang dalam tingkatan 5 (nak SPM) di Victoria Institution, KL sama dengan Aiman - form 3)...saya cakap oklah no problem dan saya suruh dia beli bahan yang nak digunakan.....

pagi tadi sebelum subuh saya dah bangun dan masak...tak mengapalah demi kerana anak yang disayangi...mama sanggup buat apa saje...huhu...

jam 8.30 dah siap masak dan ajwad pun terus ke sekolah sendirian (sekarang dia dah ada lesen memandu, senangnya hati saya, tak payah dah saya nak ulang alek hantar dan jemput dia orang berdua kecuali atmam...)

sebenarnya saya memang suka sangat masak macaroni atau spghetti ni...cepat dan mudah dan anak-anak pun suka. masaklah apa cara sekali pun garenti selesai....

untuk resepi diatas, saya menggunakan 3 bungkus macaroni (tak ingat pula weight sebungkus). rebus ikut arahan pada paket. bila macaroni dah masak saya masukkan 4 tin prego cheese and herbs white sauce, sosej ayam (cincang), tomato (chopped), susu evaporated (1/2 cawan), susu uht (1 cawan), tepung gandum (3/4 sudu besar), breadcrums (1 cawan), herbs dan perisa...kacau rata....masukkan kedalam bekas tahan panas, taburkan cheese dan breadcrumbs diatasnya dan bakar hingga cheese kekuningan. untuk lunch tengahari ni, saya gril ayam......dah banyak kali saya masukkan gambar gril chicken macam ni kan....walaupun macam nak sama rupa ayam ni seperti resepi-resepi yang lalu tapi ingredients nya berlainan....kali ni saya marinade dengan powder ginger, chili flakes, garlic and herbs, olive oil, honey and salt....

coleslaw tu sama macam yang saya selalu buat, cuma kali ni saya masukkan buah pear sebiji...dan macaroni tu lebihan macaroni yang saya buat untuk ajwad pagi tadi...

2 comments:

  1. emm..mcm senang je nak buat..yg penting menyelerakan!

    ReplyDelete
  2. malas nak buat tapi nak makan..........jom pi penchala

    ReplyDelete