Sunday, November 21, 2010

chocolate bread pudding

something new....bread pudding mix with chocolate chip...Paula Dean's recipe...Paula Dean one of my favourite chef....resepi Paula always good and delicious....lebih logic dan tidak merapu seperti chef muda lain dalam LI astro channel.

petang semalam saya lihat Paula buat bread pudding menggunakan chocolate chips....hari ni saya cuba...suruh Hani beli bahannya dari cold storage.... saya ubahsuai sikit resepi ni...dalam resepi Paula dia campurkan sedikit coffee liquor dan orange essence...saya tidak menggunakan kedua-dua bahan ini dan saya gantikan orange essence dengan juice dari 2 biji orange....satu lagi perubahan ialah saya tidak masukkan coco powder kedalam adunan susu dan telur.....wbp hasilnya memang sangat yummy and perfect texture for bread pudding...

kalau anda nak cuba ni resepinya....

1 batang french baguette
butter
3 biji telur
1 cawan gula perang
2 cawan susu full cream
1 cawan heavy cream
juice dari 2 biji orange
1 cawan chocolate chips
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt garam

potong roti setebal satu inci dan sapukan butter pada dua-dua belah permukaan. potong empat dan masukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas. Taburkan dengan chocolate chips. pukul telur dengan gula hingga sebati dan sedikit berbuih. masukkan lain-lain bahan dan kacau rata. tuang keatas roti tadi dan dotkan dengan sedikit butter diatas permukaannya. biarkan roti terendam dalam campuran susu tadi selama 20 minit...(pada stage ini jika suka anda boleh masukkan 1/4 cawan coco powder kedalam campuran susu dan telur dan pukul rata....saya tidak campurkan coco powder kerana lebih suka bread pudding saya berwarna kekuningan....nampak lebih cantik...:) panaskan oven kepada 180C dan bakar pudding selama 40 minit atau sehingga atasnya sedikit kekuningan.

hidang dengan aiskrim coklat, strawberry atau vanilla....it's perfect...and soo good... french baguette memang roti yang sangat sempurna untuk berbagai resepi. satu ketika dulu saya memang sangat blurr bila lihat roti ini dan tak tahu nak menggunakannya...terasa pelik dan bagaimana mereka boleh suka dengan roti yang tak tentu rupanya ini....panjang dan keras kulit luarnya....tapi kini, saya lebih suka menggunakan roti ini dalam berbagai cara....jika digril dalam oven atau toaster ia menjadi sangat crunchy dan memang sedap dimakan begitu sahaja atau disapu dengan garlic butter. ia juga sesuai untuk sandwich, breadcrumb, bread pie, quiche, pudding....etc....malah ia lebih sedap dari roti biasa...wbp, bukan semua kedai atau bakery menjual baguette yang perfect....saya menggunakan roti baguette dari cold storage untuk resepi diatas.

13 comments:

  1. Sedapnyer...Saya memang suka roti puding. Bleh try ni. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. Salam kak,

    Sy nie bru jer kenal blog akak..sy dh try buat puding nie, betul ckp akak, guna french baguette lebih sedap dr guna roti sandwich biasa. Thanks for sharing kak.

    ReplyDelete
  3. salam Norhayati,
    sama-sama...happy akak sebab ada orang yang agree dengan akak...memang sedap...next time norhayati cuba dengan butter croissant pulak...akak belum cuba lagi dan akak rasa mesti sedap juga...

    ReplyDelete
  4. Insyaallah, next time bleh cuba. Pernah tgk rncgn Nigella buat bread pudding guna butter croissant, nmpk cm sedap, tp x penah cuba. So far, resepi dr blog akak x penah mengecewakan. sy dh try buat bread pizza guna resepi akak..memang sedap rasenyer w/pun crust tu x lah sesedap pizza hut. Cam hepi plak bile dpt buat pizza sndiri. Tq kak.

    ReplyDelete
  5. apa beza heavy cream dengan susu penuh krim?

    ReplyDelete
  6. akak guna butter brand apa ye?...

    ReplyDelete
  7. nazrah bakery,
    mesti you tahukan apa beza heavy cream dengan susu penuh cream...???

    anur,
    akak guna berbagai jenis butter...but all pure butter...

    ReplyDelete
  8. kalo guna roti potong biasa bole x???tak sempat nak gi beli roti franch tu...barang lken sume dah ada...

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya kak.. heavy cream tu mcm mana ye? saya cuma tahu whipping cream je..thanx in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heavy cream lebih kurang sama seperti whiping cream...ia digunakan dalam masakan...ada tulis kat kotak atau packaging.

      Delete