Tuesday, November 30, 2010

best ever pumpkin cheese cake...

saya dah jumpa, inilah dia best ever pumpkin cheese cake...kalau saya kata best ever tu, memang bestlah, macam best ever carrot cake saya tu...puas saya mencari-cari resepi kek keju labu yang memang sedap dan akhirnya terjumpa juga...dan semalam tanpa membuang masa saya pun menggodek dan menyepahkan dapur demi kerana nak makan kek yang sedap ini...

dan kerana semangat yang berkobar-kobar disebabkan terjumpa resepi yang best ni, maka saya pun carilah labu yang kononnya berkualiti...dan saya dapat...
tapi waduh mak....harganya...saya memang nampak harga labu ni sekilo RM11+...tapi ambik juga dan suruh elah timbangkan...yang maid bertuah ni pun main timbang je dan letak dalam troley....sampai rumah masa saya nak buat kek ni baru dia cakap...

"buk, mahal sangat labu ni ya..." berapa? saya tanya kat dia..."22 ringgit buk"...
terbeliak biji mata saya...hah! 22 ringgit, mahalnya..."kenapa tak bagitau saya masa kat tesco tadi....dah sampai rumah baru cakap"...
"oh! saya ingat ibu tak kesah...orang yang timbang tu cakap sama saya, betul ke awak nak beli labu ni, takut saya tengok harganya, saya pun tak sanggup nak beli, saya jawab iyalah, nak belilah"...
ewah! ewah!...pandailah pulak dia buat keputusan bagi pihak saya...tapi tak ngapalah...baru 22 ringgit, bukan 220 ringgit...kek kat secret resepi tu lagilah mahal, sebiji lebih RM60...belum tentu depa guna good qualiti ingredients...ni home made cheese cake...guna bahan berkualiti...pasti lebih berbaloikan!

nak tengok tak labu RM22....nilah rupanya... oklah, tutup cerita labu 22 ringgit, kita sambung cerita cheese kek yang sedap ni....

resepi untuk crust bahagian bawah... 200g ginger snaps....yang ni saya guna tesco brand ginger cookies...
120g butter, melted
2 tbs brown sugar
pinch of salt

hancurkan ginger cookies dalam food processor, kemudian campur dengan semua bahan lain... saya guna small aluminium foil macam ni sebagai acuan cheese kek ini, jika ada bekas/mangkuk kaca kecil yang tahan panas anda boleh gunakan...

masukkan cookies crumb tadi ke foil cup dan tekan sedikit...buat sampai habis.

main ingredients
3 ketul cream cheese philadelphia atau lain brand (total weight 750g)
1 cup pumpkin puree (rebus labu dan hancurkan)
1/2 cup sugar
1/2 cup sour cream
2 eggs
1 tsp salt
1/4 cup all purpose flour
1/2 tsp cinnamon powder
1/2 tsp ginger powder
1/4 tsp nutmeg powder
pinch of clove

cara nak buatnya sangat senang....masukkan semua bahan dalam food processor dan kisar hingga semua mix up dan sebati....

lepas tu...sudukan kedalam small aluminium cup tadi... nak bakar kek ni tak boleh macam kita bakar kek biasa....susunkan kek dalam bekas tahan panas seperti photo atas ni dan tuangkan air mendidih hingga ketinggian separuh bekas kek tu....bakar selama lebih kurang 40 minit at 170 C ...

9 comments:

  1. Selain dari ginger cookies boleh tak pakai biskut lain sebab kat kuching tak ada tesco

    ReplyDelete
  2. salam mak teh,

    tak semestinya tesco ginger cookies...brand lain pun boleh juga...kalau tak guna plain digestive biscuit dan campurkan sikit dengan serbuk ginger...

    ReplyDelete
  3. nyum nyum..sedap nye...tp sour cream xda plak kat sini :(

    ReplyDelete
  4. sour cream plak mcm mana? Kat mana senang dpt? Saya mohon salim resepi ni..Cukup bhn nt sy buat..TQVM

    ReplyDelete
  5. azlina,
    kalau takda sour cream, buat sendiri...

    campurkan susu cair ideal (evaporated milk) dengan jus buah lemon. kalau takda jus lemom campur jus limau nipis...

    selamat mencuba...

    ReplyDelete
  6. amboi mak mahal nya labu....

    saya pernah beli labu kat cameron highland, kata apek tu labu jepun..tapi tekstur yang halus dan sangat sedap...saya buat kuah lemak labu jer

    ReplyDelete
  7. Kalau tak letak all those spices sedap tak? dan satu lagi, kek ni lekat ke tak pada alluminium cup bila nak dikeluarkan? Sedapnya ...mesti cuba buat ni.....

    ReplyDelete
  8. as salam kak ida...

    saya dah try resipi pumpkin cheese cake ni...mmg sdap sangat..bawa kat ofis ..licinnnnnn..
    thanks kak ida for sharing the recipe..

    ReplyDelete
  9. Kak E,
    sama-sama...suka kakida dengar kalau orang suka dengan resepi akak ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...