Thursday, November 4, 2010

ayam masak kuning

masakan ini saya adaptasikan dari masak lemak, cuma saya tambahkan beberapa bahan supaya rasanya lebih sedap dan tidak seperti masak lemak biasa...untuk resepi ini saya menggunakan satu ekor ayam yang dipotong kecil dan dibersihkan...

lain-lain bahan ialah:
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar
10 biji buah keras
2 batang serai
(tumbuk lumat semua bahan diatas)

panas 1/2 cawan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi. masukkan ayam dan masak dengan bahan tumis selama 2,3 minit. masukkan air hingga menenggelamkan ayam dan rebus hingga ayam separuh empuk. masukkan santan pekat, air limau nipis atau asam keping untuk memberikan rasa masam, daun kunyit dan daun limau (carikkan). masukkan ubi kentang (jika suka) dan perisa. biarkan kuah mendidih perlahan sehingga ubi empuk. jika suka boleh masukkan buah tomato dan cili potong. ikan goreng ni nampak sedapkan!...memanglah sedap kerana ini ikan jelawat...tapi ini bukan jelawat sungai, ini adalah jelawat dari kolam depan rumah saya.....ketika mula pelihara, saiz ikan ni hanyalah sebesar ibu jari....kini panjangnya melebihi satu kaki dan beratnya hampir 2 kilo.
ikan jelawat tergolong dalam ikan yang mahal harganya....

sebenarnya saya sekeluarga dah jemu sangat makan ikan-ikan dari kolam kami tu....selain jelawat ada ikan talapia, lampan, patin dll.....jika ada yang request nak makan barulah ikan-ikan tu di pancing/tangkap. selalunya adik-adik saya atau kawan-kawan yang datang kerumah yang suka nak makan ikan-ikan tersebut...

walau bagaimanapun, ikan jelawat yang saya goreng (photo diatas) bukan ditangkap oleh sesiapa...jelawat tersebut melompat keluar dari kolam malam tadi kerana lemas akibat bekalan elektrik terputus (pam tidak berfungsi selama 2 jam) memang begitulah keadaannya setiap kali tak ada letrik.

sebenarnya, apa yang ingin saya kongsikan disini ialah ikan jelawat sangat sedap di goreng sangat garing. potong nipis setebal 1 cm, lumurkan garam dan kunyit dan goreng dalam minyak yang panas dan harus di makan ketika masih panas...kalau sejuk dah kurang kerangupannya...

No comments:

Post a Comment