Friday, October 22, 2010

wantan sup

wantan skin atau kulit wantan ni saya beli dari Tesco. banyak kali juga saya teringin nak cuba buat wantan dumpling sendiri. teringat ada lebih inti kueh pau tempoh hari, saya pun isikan kedalam kulit wantan...senang sungguh rupanya...isikan inti, sapukan air keliling tepi kulit wantan dengan hujung jari dan lekatkan. sup wantan...sup ni adalah rebusan kaki, tengkuk dan tulang ayam, kalau nak letak isi ayam juga ok...saya tambahkan seketul cube ikan bilis (anda boleh guna cube ayam, daging dan sebagainya, terpulang...)...hiris/ketuk halia....rebus 10, 15 minit. kemudian saya masukkan leek, celery dan carrot....tambahkan garam, serbuk lada putih dan gula...akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup... letakkan wantan dupling terus kedalam mangkuk individu dan tuangkan sup panas (mendidih) keatasnya....taburkan bawang goreng dan enjoy....(makan dengan cili padi dan kicap) yang ini pula wantan yang sama tapi digoreng... ini adalah lebihan inti kueh pau tempoh hari....disini saya berikan resepinya....

bahan-bahan:
500g isi ayam dipotong kecil/dadu
1 tin cendawan butang, cincang
250g sengkuang, cincang
halia, bawang merah, bawang putih (di tumbuk atau cincang halus)
garam dan serbuk perisa serta gula
daun ketumbar, banyak dan hiris halus
lain bahan: minyak bijan, kicap, serbuk lada hitam
tepung kanji atau jagung untuk memekatkan.

cara membuatnya:
tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih hingga wangi. masukkan isi ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan sengkuang dan cendawan dan kalau hingga empuk. masukkan serbuk perisa, garam, gula, lada hitam (1 susu besar), minyak bijan, kicap, daun ketumbar dan kacau...
akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan inti tersebut. kacau hingga kering.

No comments:

Post a Comment