Wednesday, October 20, 2010

vanilla bean

lupa pula saya nak bercerita pasal perisa vanilla asli ni atau pun vanilla bean.....sebenarnya dah lama saya beli vanilla bean ni....ketika saya bercuti ke Bali awal bulan June lalu....saya beli dari pasar ubud. harga sepeket ni dalam RM10. taklah mahal sangat....kalau kat KL ni saya tak pasti kat mana boleh dibeli vanilla bean ni.

tapi tulah, saya terlupa sangat yang saya ada vanilla bean ni, dah terperuk bukan main lama kat dalam fridge tu....tak diguna langsung....masa raya hari tu pun buat kek semua guna vanilla esen biasa....apa da....

beberapa hari lalu masa nak buat cinnamon roll tu baru saya terperasan ketika nak ambik benda dari dalam drawer fridge....hai sayang betul, naik kering benda tu duduk terhimpit dengan barangan lain. saya pun pertama kali gunalah vanilla bean ni untuk buat cream cheese icing untuk cinnamon roll. tapi mungkin kerana dah agak lama, baunya kurang....saya guna dua bean pun tak berapa wangi.....sayangnya hai...

3 comments:

  1. salam kenal kak, menarik sungguh blog resepi kak ni. bukan shj resepinya vogue tapi byk panduan n tips. Izinkan saya link ke blog saya ye! tq

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam,

    silakan lah link jika berkenan dengan blog akak ni. terima kasih dan juga salam perkenalan...tapi nama tu susah akak nak sebut...dapuraulad...:)

    ReplyDelete
  3. Wah, sayangnya tengok vanilla beans kering begitu. Tapi gred vanilla yang kat dalam gambar tu dlm gred C-D, kat Bali selalunya Gred B dan A mereka eksport keluar...

    Vanilla beans kalau kering masih boleh digunakan, Jadikan serbuk atau kerat pendek-pendek campurkan dengan gula untuk buat vanilla sugar, potong kecil-kecil dan campurkan dengan esen vanilla tiruan yang biasa digunakan untuk buat esen vanila yang lebih umphh, buat garam vanila untuk ganti MSG (tak ada rasa vanila pun tetapi rasa masakan ada sedikit lift mcm guna MSG), campak sebatang-dua (kalau vanilla fresh kurang dari 1/4 batang dah cukup) dalam kopi atau nescafe atau milo panas atau apa saja minuman bersusu memang sedap, infuse dengan olive oil untuk buat vanilla-infused oil...macam-macam lagi boleh buat dengan vanila yang dah kering nih

    Kat KL ni boleh beli vanilla berkualiti Gred A online di kedai saya kat http://www. greenvanillastore.com.

    ReplyDelete