Wednesday, October 20, 2010

pau

banyaklah pula entry saya hari ni....hehe...

petang tadi saya ke imigresen merenew pasport anak.....cadang cuti sekolah ni nak bertukar angin....tengah dok reki airasia package yang murah-murah tu....manalah tau kut ada yang berkenan boleh lah juga kita pi mana-mana....saya ni suka juga beraleh angin sekali-sekala (bukan saya saja semua orang rasanya....)....bulan november ni saya nak gi Vietnam dengan cik abang dan beberapa member beliau....anak-anak tinggallah....yang menyeronokkan saya bila berjalan ni dapat tengok culture dan budaya negara tersebut terutama makanan mereka....

bulan december ni pula saya bercadang nak gi Beijing dan mungkin Tianjin, lama dah saya teringin nak explore negara beruang panda tu....tapi tak kesampaian...entah kenapa....yang peliknya, negara jiran China, iaitu Seoul, Korea dah dua kali saya jejakkan kaki....negara yang jarang orang pergi....pelik juga saya nikan...

saya nak cuba cari muslim package yang bersesuaian dengan kami...barulah seronok berjalan kerana tiada masalah makan....lagi pun tianjin memang ramai penduduk islam dan mereka ada night market/pasar malam)....pastilah seronokkan jika dapat ronda-ronda pasar malam negara yang jauh berbeza dari negara kita....pasti banyak juadah tradisional cina muslim yang boleh saya rasa....Insyaallah....

dah beberapa hari saya terasa nak makan kueh pau dan secara kebetulan saya terjumpa resepi dari kotak tepung blue key, iaitu cara nak buat pau dan intinya yang pelik sikitlah pada pandangan saya....walaupun pelik saya buat juga, tapi terpaksa saya ubah sana-sini.... dan hasilnya bolehlah tahan.... pau saya tak secantik pau yang dijual dihentian rehat sebelum exit ke tanjung malim tu (jika kita dari arah utara, lupa pulak nama hentian tu)....paunya putih, lembut gebu dan memang sedap....macam mana nak buat supaya jadi cantik camtu ya??? (mungkin kena tanya mat gebu lah....hehe...)

resepi doh pau saya:
500g tepung pau/superfine flour
1 peket yis segera atau 15 yis segar
gula (1/2 cawan)
minyak jagung (1/4 cawan)
air (1 1/4 cawan)

cara:
larutkan gula kedalam air.
campurkan yis kedalam tepung.
tuangkan campuran air dan gula kedalam tepung. masukkan lain-lain bahan dan gaul tepung hingga menjadi doh. uli doh dengan tangan selama 10 ke 15 minit sehingga doh licin dan boleh diregangkan.
bulatkan doh kecil-kecil (seberat 40g setiap satu) dan ketepikan selama 10 minit.
leperkan doh dan isikan inti kedalamnya. letakkan diatas sekeping kertas minyak kecil. buat hingga semua bahan habis digunakan.
tutup doh dan ketepikan selama 30 minit. letakkan atas periok kukus dan kukus selama 15 minit pada suhu tinggi. inti pau ayam, sengkuang dan cendawan butang

2 comments:

  1. sedapnye nampak pau akak!!!! mkn pulak panas2 lagi molotupppp....

    ReplyDelete
  2. ttiba lak ptg semlm nk mkn pau..ermmm..mjadi jg ..tp nk minta petua dr akak..:)..mcmmna supaya kuih pau tu licin@cantek je ye..msa nk buka penutup pengukus tu..ttiba kuih mcm kecut je..:)psl pa ye?

    ReplyDelete