Tuesday, October 19, 2010

nasi beriani istimewa

semalam adalah Isnin keempat kami berkumpul ramai-ramai untuk menjamu selera walaupun bulan raya telah lama berlalu. Ia lebih kepada meraikan bakal hajjah kak anisah dan hajjah kak yati yang akan berangkat menunaikan fardhu haji minggu depan, Insyaallah. Oleh itu, sebagai bekas rakan sekerja dan kini sebagai rakan sepengajian, Maharum dengan senang hati menjemput kami menjamu selera di rumah beliau di Damansara Utama.

biarlah foto yang menceritakan betapa lazatnya makanan yang dihidangkan; nasi briyani istimewa ini memang sedap hingga menjilat jari... lauk pauk yang disediakan berbagai, ada daging rendang, kambing, ayam goreng, dalca dan jelatah. pendek kata tak tahu mana yang saya nak makan...akhirnya rasa semualah ya... dessert dan kueh mueh....ada lopes dan karipap, fruit coctail and custard, fruits dll... yang ni pula soda gembira yang memang saya gemari, menurut Maharum air ni memang pupular di Johor....saya pula mula menikmati minuman ini tatkala makan angin ke Indonesia... kueh lopes, ibu Maharum yang sediakan...sedap... inilah chef yang masak nasi biryani dan lauk pauk diatas, encik Mad iaitu suami Maharum...(sorry Maharum, I letak photo ni...) bukan kami berempat sahaja tau...ada ramai lagi...

2 comments:

  1. salam kak ida...
    Bolehhhhh pengggsannn tengok N3 akak yang ni..nasi tu beras dia masya allah, panjang sungguh...

    ReplyDelete
  2. ye dan sedap sekali....memang suami kawan kakida ni pandai masak...seperti mat gebu juga...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...