Friday, October 22, 2010

ayam goreng ala kfc


Alhamdulillah,
hari ni mood ber belog kkida telah datang semula....hehe....walaupun baru 77%...

hari ni kkida nak share resepi ayam goreng yang sangat simple dan rangup ala-ala kfc...kkida rasa ramai tahu goreng ayam camni...tapi takpalah...kkida share juga ye....mungkin ada yang belum tahu dan ini resepi style kkida...very simple version of ayam goreng...youall boleh tambah apa saja bahan-bahan seperti rempah ratus, herba, perisa kepada bahan-bahan asas ini untuk menambahkan kesedapannya...

bahan asas adalah seperti berikut:
ayam sederhana besar potong 8 atau 12
garam dan kunyit
telur
tepung gandum
minyak untuk deep fry

caranya...
bersihkan ayam...buang kulit jika tak suka makan kulit ayam....perapkan ayam dalam setengah jam atau lebih dengan garam dan kunyit....panaskan minyak banyak dalam electric  fryer atau deep frying pan....180C...
celup ayam dalam telur dan kemudian lumurkan sepenuhnya dengan tepung gandum...goreng dalam minyak panas hingga kekuningan...hidang panas dengan sos dan mayonnaise...

anda boleh tambahkan perisa lain masa perap ayam tu...seperti kicap, sos tiram, sos tomato, sos lada hitam dsbnya....lebih lama perap lebih baik kerana bahan-bahan perisa tersebut akan meresap kedalam isi ayam dan menjadikan ayam tu lebih chewy lagi...

selain campurkan bahan kepada ayam anda juga boleh campurkan herba kering dan serbuk rempah ratus kering seperti daun pasley kering, basil, mix italian herbs, lemon, serbuk ketumbar, jintan, lada hitam, rempah kari ayam, rempah kurma dan sebagainya kepada tepung...hasilnya salutan ayam anda akan beraroma dan lebih menyelerakan....cubalah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...