Thursday, October 7, 2010

better with butter

ingat tak pagi ni saya ada poskan entry resepi chinese donut yang sedap tu....

tengahari tadi saya buat satu lagi bancuhan, tetapi kali ini saya menggunakan butter (pagi tadi saya guna shortening) kerana saya nak memastikan resepi mana yang lebih sedap....samada menggunakan shortening atau butter.

selepas menguli adunan tu saya wrapkan dengan aluminium foil dan simpan dalam fridge, petang nanti baru nak goreng kerana eka (my eldest) puasa....nak goreng untuk dia buka puasa nanti.

ketika membentuk doh untuk digoreng, saya kecilkan sedikit saiz donut tersebut. saya buat memanjang seperti bentuk silinder dan goreng dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan (anda boleh bentukkan donut anda kepada bentuk yang anda suka). Toskan donut yang masih panas dengan gula cinnamon. saya juga lebihkan sedikit garam. dengan menyimpan dalam fridge beberapa jam saya dapati texturenya lebih lembut dan lebih chewy berbanding terus digoreng....btw, this is trial an error....anda boleh cuba berbagai cara dalam dapur anda sendiri... Hasilnya memang memuaskan....ia lebih crunchy, lemak masin and melt in your mouth....

2 comments:

  1. two words : impeccably delicious !

    ReplyDelete
  2. mudah nk buat.. anak2 pasti suka ni..

    tq kak ida

    ReplyDelete