lepas buat kek pisang...saya memanggang ayam pula...banyak idea-idea masakan saya, saya perolehi dari rancangan-rancangan masakan channel AFC dan LI...dan resepi ayam panggang serba rasa ni saya garapkan dari rancangan masakan 'best Wan' yang dihostkan oleh chef wan.
tapi saya tak dapat nak ingatkan seratus peratus bahan-bahan yang digunakan oleh chef wan....oleh itu saya main agak-agak je...
tapi hasilnya memang sedaplah pada saya dan anak-anak...
untuk resepi ini saya gunakan
6 potong paha ayam
2 helai daun pandan, simpulkan
3 batang serai, ketuk
1/2 cawan santan pekat
bahan blender;
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
5 helai daun limau purut
3 biji air limau kasturi
cara;
1) panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis daun pandan dan serai hingga wangi. masukkan bahan blender dan kacau hingga wangi. masukkan ayam dan kacau hingga rata. masukkan santan, garam, perisa dan gula. kacau lagi hingga kuah pekat (dalam 5 ke 10 minit).
2) keluarkan ayam dan ketepikan. masak kuah gravy hingga pekat. tambahkan garam, gula, asam limau dan perisa jika perlu (ikut selera anda). ketepikan.
3) susun ayam tadi dalam bekas pemanggang dan panggang dalam oven sehingga masak kedua-dua belah...lebih kurang sejam ke sejam setengah.
4) keluarkan dari oven dan hidang panas di sapukan dengan gravy sauce tadi...
kerana ada lebih ayam panggang (atas), pagi ni saya goreng nasi beriani tersebut di campur isi ayam dan kacang panjang...untuk sarapan pagi ni...
cara no.2 tue cam mane ek? tk faham
ReplyDelete