hari ni saya kerumah kawan, aishah untuk lunch sempena hari raya. aishah tinggal di pj. beliau memang pandai masak dan suka menjamu rakan-rakan, itulah sebab saya lihat rezkinya murah kerana dia tidak lokek dan tidak berkira. personalitinya peramah, ceria, sentiasa tersenyum walaupun keletihan dan senang didampingi. saya memang senang berkawan dengan aishah.
hari ni aishah menjamu kami lunch dengan berbagai jenis hidangan, lauk pauk dan kuih muih. antara lauk pauk yang di hidangkan ialah pajeri nenas, sambal ayam, sambal udang dengan petai, sambal belacan, ulaman, ikan masin dan yang paling istimewa ialah sayur pucuk ubi dengan petai. inilah pertama kali saya makan sayur pucuk ubi petai yang diadun begini.
menurut aishah, kakak dia yang tolong buatkan kudapan ini. Insyaallah, nanti saya pasti nak kecek juga resepinya yang asli dan nak eksperimen di dapur saya sendiri. aishah berasal dari negeri sembilan, mungkin ini adalah hidangan tradisi keluarga beliau.
foto: aishah (tudung merah dan kak anis, my cousin). cantikkan gambar yang diubah kepada bentuk lukisan seperti foto ini. seronoknya saya kerana terjumpa website tersebut dan pastinya saya nak cuba ubahkan beberapa foto makanan saya yang sedap-sedap itu kepada bentuk lukisan dan Insyaallah akan saya abadikan diblog ini.....:)
salam.. sedapnya pucuk ubi...
ReplyDeleteya hani, sangat sedap....lain dari lemak pucuk ubi yang biasa saya makan...
ReplyDelete