Thursday, September 16, 2010

stir fried spaghetti

suasana raya masih ada, oleh itu saya sentiasa menyimpan stok makanan dalam peti sejuk. meehoon, ayam, daging, udang, meatball, nasi impit, beras pulut, beras beriani, spaghetti, sos spaghetti dan sebagainya.

pagi ni, kerana ada lebihan spaghetti yang telah siap direbus dalam peti sejuk dan meatball yang sentiasa ada dalam freezer, maka saya goreng spaghetti dicampur dengan meatball dan mix vege sebagai sarapan untuk anak-anak.

caranya sama seperti goreng mee, tumis bawang putih dan bawang besar cincang dan cili blender, masukkan meatbal dan masak beberapa minit. campurkan sos tomato/sos pasta dan sos cili, spaghetti, mix vege dan seasoning...

No comments:

Post a Comment