Friday, September 3, 2010

kasturi

selain bubur kacang hijau, cucur kacang hijau atau kueh kasturi memang kueh kegemaran saya. sejak kecil lagi mak saya juga suka buat kueh ini. mungkin kerana kacang hijau murah dan buatnya pun senang.

cara saya buat kueh kasturi sama seperti buat bubur kacang hijau, cuma bezanya tiada santan digunakan, sebaliknya saya masukkan beberapa sudu kelapa parut dan sedikit tepung kedalam kacang hijau yang telah empuk direbus. semasa merebus kacang hijau, tambahkan gula dan sedikit garam. rebus sehingga airnya kering. sejukkan sebentar sebelum masukkan kelapa parut dan tepung. uli/gaul rata. tekankan kedalam acuan kek brownie dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam.

goreng: bancuh tepung beras dan tepung gandum dengan sedikit air (seperti menggoreng pisang). keluarkan kacang dari peti sejuk dan potong mengikut ukuran yang anda suka. celup dalam tepung dan goreng dalam minyak (banyak) sehingga masak. hidang panas.

No comments:

Post a Comment