Friday, September 17, 2010

juadah raya

pada hari raya pertama jumaat lepas, saya buat beberapa jenis juadah dan antaranya ialah rendang daging ini. resepinya anda boleh ikut resepi rendang pedas daging ini... rendang ini saya buat untuk dimakan dengan lemang yang saya tempah dari jiran sekampung. hampir setiap tahun kami dapatkan bekalan lemang dari beliau. memang sedap kerana pembuat lemang adalah orang minang. cukup lemak dan cukup rasa...berbaloi menunggu... selain lemang, saya rebus nasi impit dan lontong untuk dimakan dengan kuah kacang dan kuah lodeh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...