Wednesday, September 1, 2010

ayam negro

masa saya mention nama masakan ni di facebook, ada macam-macam pendapat dan komen yang membuatkan saya senyum sorang-sorang...ada yang kata ayam hangus, ayam hitam, ayam yang rupanya macam orang negro dan sebagainya...tapi, sememangnya hidangan ni nampak tak cantik sebab terlalu hitam macam ayam hangus? but don't judge the book by it's cover....jangan sebab seseorang itu hitam kita kata dia tak baik, jahat, bodoh dan sebagainya....begitu juga dengan resepi ini...

saya dapat resepi ni dari seorang saudara hubby....kami pergi beraya, dan secara kebetulan dia masak ayam negro....saya pun terkedu juga tengok ayam yang dihidangkan, mak ai kenapa gelap sangat.....tapi bila masuk kemulut....wah! sedapppnya....habis kami anak beranak makan ayam yang dihidangkan dengan ketupat pulut dan nasi impit....terukkan....

nak tau tak apa rahsia yang menyebabkan hidangan ini sedap...

resepi ni hanya menggunakan bawang merah dan bawang besar yang digoreng terlebih dahulu. macam kita buat bawang goreng tu. untuk seekor ayam saya guna 15 biji bawang merah kecil dan 1 biji bawang besar. cincang bawang dan goreng kekuningan, jangan hangus. biarkan sejuk sebentar kemudian blender bawang goreng tadi dengan sikit air. ayam potong kecil dan gaulkan hanya dengan garam sahaja. goreng sehingga 3/4 masak. ketepikan...

panaskan sikit minyak dalam kuali dan masukkan 3 sudu besar cili blender (optional) dan kacau wangi. masukkan bawang goreng blender tadi kedalam kuali dan tambahkan beberapa sudu air kacau sebentar. masukkan ayam tadi dan campurkan kicap manis dan kicap masin sahaja (banyak). kacau lama sehingga ayam benar-benar mesra dengan kuah sosnya.

ayam ni rasanya mesti manis dan sedikit pedas ya...kalau tak cukup masin dan manisnya, tambahlah garam dengan gula sikit. ayam ni menjadi sedap kerana aroma dari bawang yang telah digoreng terlebih dahulu.

6 comments:

  1. my mom, selalu buat daging... lebih kurang sama cuma dia guna bawang merah jer... kalau daging sekilo, so bawang merah pon sekilo...goreng tak yah blend... yang lain sumer sama dgn cara masak ayam negro awak, cuma lagi satu minus kicap masin

    ReplyDelete
  2. hitam bukan sebarang hitam ni nmpknya...hitam tapi mesti sedap dgn aroma bwg goreng tu..

    ReplyDelete
  3. wahhh..boleh try utk raya nie..TQ ye..:)

    ReplyDelete
  4. walaupun hitam, rasanya sedap. kalau untuk raya ni sesuai sangat makan dengan ketupat dan nasi minyak/beriani....senang membuatnya kerana bahan tak banyak digunakan....aromanya...hmmmm...

    ReplyDelete
  5. Setelah tengok resepi ni, I teringat zaman sekolah dulu-dulu, saya ada makan masakan sebegini masa beraya di rumah kawan saya, tapi mak kawan saya tu guna udang besar instead of ayam. Saya dan kawan-kawan habiskan satu mangkuk besar dan mintak tambah lagi serta resepinya.
    Last weekend, saya masak ayam negro ni untuk makan bersama pulut sebab malas nak buat rendang.

    ReplyDelete
  6. aslmkm kak ida, kalau bawang merah 15 biji, berapa banyak ayam diperlukan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...