Thursday, September 23, 2010

acar ikan tenggiri

acar ikan tenggiri ni sebenarnya sama seperti masak ikan tenggiri bercuka cuma bezanya, untuk acar ini saya campurkan sedikit santan pekat. saya pernah makan hidangan ini dirumah seorang kawan ketika beliau buat kenduri arwah. daripada rasanya saya tahu lebih kurang akan bahannya.

untuk resepi ini saya gunakan beberapa keping ikan tenggiri. gaul dengan garam dan kunyit dan goreng seperti biasa.

lain-lain bahan terpulang kepada anda. saya guna timun dan carrot sahaja. anda boleh tambahkan kacang panjang, terung, tomato, bawang besar (potong wedges). cili hijau/merah belah dan sebagainya.

tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. tumis dengan sedikit minyak hingga wangi. masukkan beberapa sudu besar santan pekat dan sedikit biji sawi (jika ada/suka). tambah sedikit air jika perlu. biarkan mendidih. masukkan sayuran. biar mendidih sebentar. masukkan sedikit cuka, garam, gula dan perisa. akhir sekali masukkan ikan dan kacau sebentar.

siap dihidang. rasanya mesti sedikit masam, pedas dan lemak.

No comments:

Post a Comment