Monday, August 30, 2010

udang goreng berempah

resepi ini saya pernah makan disebuah restoran....cara masaknya seperti masak kari udang, cuma bezanya tiada santan digunakan.

tiada kuantiti diberikan untuk resepi dibawah....harap anda dapat agak sendiri kuantiti yang diperlukan...

bahan
udang besar
rempah kari udang
daun kari
air asam jawa
bawang merah dan putih, ditumbuk
halba campur
bawang besar, belah kecil memanjang
cili potong, belah

tumis bawang merah, putih, daun kari dan halba campur hingga wangi. masukkan beberapa sudu serbuk rempah kari udang dan air asam jawa. goreng sehingga wangi. masukkan udang, bawang besar dan cili potong. tambahkan garam dan perisa. hidang panas.

No comments:

Post a Comment