Tuesday, August 10, 2010

turkey

Sewaktu shopping barang dapur di Tesco semalam saya ternampak banyaknya ayam turkey/ ayam piru atau ayam belanda dalam deretan freezer barangan dingin beku. Selalunya saya hanya beli ayam turki yang telah dipotong kecil dan dipack dalam bekas pakai buang. Setelah membelek-belek tanda halal dan bertanyakan dengan beberapa orang pekerja muslim disitu....saya yakin dan mengambil seekor untuk ditimbang (ayam ini diimport dari negara turki)...beratnya melebihi 5kg...memang berat...

setelah bawa pulang saya biarkan ayam tersebut defrost sehingga petang...tapi kerana besar ia mengambil masa yang lama. ayam turki biasanya digril/panggang... mash potato: saya menggunakan russet potato untuk resepi ini. kupas kulit dan potong empat. rebus sehingga empuk dan lenyekkan sehingga menjadi seperti diatas. masukkan butter dan susu full krim/evaporated, salt and pepper. gaul rata... yang ni pasti semua tahu buatkan... resepi saya....bersihkan ayam, lap kering. sumbatkan limau (orange) dan apple yang dibelah kedalam perut ayam dan oles seluruh badan ayam dengan minyak zaitun. taburkan lemon and blackpepper seasoning (below) dan sedikit garam keseluruh bahagian luar ayam. balut hujung kaki dan kepak ayam dengan aluminium foil supaya tidak hangus. tutup badan ayam yang terdedah dengan kepanasan oven dengan sekeping kertas aluminium. masukkan kedalam oven dan bakar selama sejam setengah ke dua jam pada suhu 170 - 200C. untuk memastikan ia masak anda boleh gunakan penyukat suhu atau cuba cucuk dengan pisau tajam kebahagian isi yang tebal. Jika tiada lagi cecair yang keluar ertinya ayam itu telah masak... for gravy; saya menggunakan 2 peket McCormick chicken gravy. Potong nipis sebiji bawang besar. panaskan butter dan saute bawang sehingga wangi. campurkan air panas dengan McCormick gravy dan tuang kedalam butter. kalau rata. masukkan 1 cawan (atau lebih) susu full cream atau 1/2 cawan evaporated, salt and pepper. Jika pekat sangat tambah susu atau air panas... yesterday, my hubby's birthday.......happy birthday to you my darling......:)

3 comments:

  1. Nampak pejal dagingnya ..
    Sempena nak memasuki bulan ramadhan ni, sue nak ucapkan Selamat berpuasa buat akak dan family...

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak-banyak sue.....kakak juga ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan buat sue dan family....

    ReplyDelete