Monday, August 30, 2010

telur dadar berinti

idea untuk goreng telur dadar....jika jemu makan telur dadar kosong atau yang biasa kita buat seperti mencampurkan bawang dan cili....

resepi ini menggunakan daging cincang (mince beef) dan daun ketumbar yang dicincang. goreng daging terlebih dahulu, baru campurkan kedalam telur yang telah dipukul kembang. masukkan lain-lain bahan seperti ketumbar, bawang goreng, cili potong dan sebagainya. panaskan minyak dalam kuali leper dan tuangkan telur. masak seperti goreng telur dadar.
selain daging cincang.....ayam dan udang juga boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment