Sunday, August 15, 2010

telur berinti/murtabak telur

hidangan ini mudah dan ringkas, ia seperti kita masak telur dadar, cuma fillingnya saya tambah noodle dan extra sayuran. noodle tu terpulang kepada apa yang anda suka. meehoon, suhun, maggi, etc. sayuran juga begitu, macam-macam boleh dicampurkan. button mushroom (can or fresh), carrot, cauliflower, broccoli, chili...etc. You can add mince beef, prawn (cincang), chicken meat, etc...

untuk resepi diatas saya menggunakan meehoon dalam segenggam (direndam dengan air suam sehingga lembut), telur 6 biji, daging kisar, daun sup/ketumbar, bawang merah kecil, button mushroom, carrot dan cili merah/padi. semuanya dicincang kecil.

panaskan sikit minyak dan tumis daging hingga kering airnya. masukkan sayuran dan goreng sehingga masak. ketepikan. pecahkan telur dalam bekas besar dan pukul seperti nak buat telur dadar hingga kembang. masukkan garam dan lain-lain perisa yang anda suka dalam telur dan kalau rata. toskan meehoon dan gunting-guntingkan supaya pendek dan mudah nak dicampurkan kemudian. campurkan semua bahan kedalam telur dan pastikan bahan-bahan ini tenggelam dalam telur. jika tidak tambahkan telur atau kurangkan isinya.

Panaskan minyak dalam pan yang sederhana lebar dan rata. tuang campuran telur ini sekali gus kedalam pan dan masak perlahan-lahan atas api sederhana (tutup pan tersebut) atau anda boleh masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga telur set dan kekuningan. hidang dengan cili sos...

p/s kuantiti bahan adalah atas budi bicara anda sendiri...

1 comment: