Monday, August 9, 2010

suhun goreng

Jika jemu makan mihun cuba tukar selera kepada suhun. Sebenarnya jika dibandingkan dengan mihun, suhun adalah lebih baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Goreng suhun seperti anda menggoreng mihun.

Resepi saya untuk suhun amat mudah dan sedap;

Tumbuk bawang putih (banyak) sedikit bawang merah, udang kering, dan cili padi. Suhun direndam terlebih dahulu (terpulang kepada anda kuantiti suhun yang ingin goreng). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk (blender hingga wangi), masukkan bahan perisa, garam dan gula. Pecahkan beberapa biji telur dan kacau. Masukkan suhun dan sayuran seperti kucai, kobis (dipotong halus dan panjang), straw mushroom, parutan carrot, tugeh dan kacau rata. akhir sekali masukkan cili merah potong, daun sup dan bawang. Tambahkan garam dan perisa jika perlu (terpulang bagaimana rasa yang anda suka).

sesuai untuk berbuka dan bersahur...

2 comments:

  1. yuhuuu..rasa x sabar nk menunggu resepi kuih2 raya..thanxx..

    ReplyDelete
  2. thank you for posting this ^^

    saya mmg teringin nak masak suun goreng

    ReplyDelete